SEDEKAH FATIHAH KEPADA RASULULLAH
December 1, 2019
Baca fatihah, hadiah pahala kepada Rasulullah SAW. Ini tiada petunjuk langsung daripada nabi Muhammad SAW. Tidak juga diamalkan oleh para sahabat serta generasi salaf. Itu faktanya.
Cuma, ada pendapat kalangan ulama yang membolehkannya. Dasar yang diguna adalah qias dengan solawat dan juga doa sesudah azan. Kerana itu, hadiah pahala Fatihah kepada Rasulullah , menurut pendapat ini, adalah untuk mengangkat darjat dan maqam Rasulullah SAW.
Apakah alasan dari qias ini boleh diterima?
Pertamanya, apakah kaedah Qias boleh dibuat dalam soal-soal yang berkaitan tasyri' dan peribadatan? Ini persoalan penting yang perlu diselesaikan dulu sebelum melangkah kepada isu lain. Atau...ibadat itu adalah idtirari. Ibadat tidak boleh kecuali ittiba'. Ini telah disebutkan dalam hadis yang saheh.
Keduanya, bukankah tanpa niat hadiah pahala pun, pahala bacaan fatihah itu menjadi milik Rasulullah SAW. Baginda sebagai perintis dan guru agung yang mengajarkan fatihah, maka sesiapa yang membacakan fatihah, maka pahalanya dapat kepada Rasulullah SAW , tidak kurang sedikitpun daripada tukang baca.Ini ditegaskan dalam hadis yang saheh.

Jika demikian, apa perlunya niat hadiah pahala?
Kekadang ada yang menyampuk, berkilas hujah. Kenapa perlu solat jenazah Rasulullah SAW? Kata mereka, bukankah Raulullah itu maksum dan tidak perlu diminta ampun. Perkara ini tidak perlu dipeningkan fikiran untuk cari alasan. Perkara yang ada dalil amalan Rasulullah dan perintahnya, diamalkan oleh para sahabat, terima sahaja sebagai bahagian agama. Itulah dalil dan sandaran.
Orang lain yang buat, tidak jadi dalil. Mereka perlu ada sokongan amalan nabi dan para sahabat.
Hujahan lemah akal kekadang muncul. Dikatakan, mengapa kita buat benda yang Rasulullah tak buat? Rasulullah tak naik kereta, kita naik. Rasulullah tidak pakai microphone, kita pakai. Kita menyalahi Rasulullah SAW. Ini hujahan ibarat orang lemas dalam air. Menggapai apa sahaja tersambar oleh tangan.
Tidak pula orang yang paling kuat membid'ahkan orang sekalipun memasukkan ciptaan moden dalam perkara bid'ah terlarang. Bid'ah yang mereka tegah keras itu masih dalam lingkungan agama. Cuma, berlaku perbezaan kalangan keras sederhana dan lembut dalam mengklasifikasikan perkara agama yang dimasukkan dalam bid'ah itu. Hatta, ada yang melampau sampai membid'ahklan qunut subuh, wirid lepas solat, doa berjemaah dan sebagainya.
Persoalan bacan fatihan dan sedekah pahala kepada kanjeng nabi SAW apakah bid'ah? Jawapannya mungkin berbeza sekalipun di kalangan orang yang mengatakan ia tidak ada dalam syariat. Aku antara orang tidak suka membid'ahkan amalan tersebut. Cuma aku sokong bahawa perkara mensedekahkan fatihah kepada nabi ini perkara yang tidak disokong oleh dalil yang jelas. Lalu tidak perlu. Boleh dan perlu adalah dua hal yang berbeza.
Seperti dikatakan tadi, kias yang digunakan tidak dengan solawat dan doa lepas azan, tidak cocok untuk dipakai. Qias ma'al fariq.
Seperti dikatakan tadi, kias yang digunakan tidak dengan solawat dan doa lepas azan, tidak cocok untuk dipakai. Qias ma'al fariq.
Mengangkat makam nabi dengan sedekah fatihah juga adalah andaian akliyyah sahaja. Apakah jawapannya andai dikatakan, kalau dihadiahkan fatihah buat kucing kesayangan yang mati, kelak di akhirat kucing tersebut akan naik darjat. Lagi banyak sedekah fatihah yang didapatinya, dia mungkin jadi kucing syurga yang hidup abadi dalam nikmat syurga. Walau sekadar hanya seekor kucing. Kucing lain mati jadi debu hancur, sedangkan kucing penerima sedekah fatihah meningkat makamnya.
Begitukah logik yang terpakai?
2 comments:
Cuma nak beritahu,,kalau zaman nabi ada kereta nabi akan naik kereta,saya...jagan sama kan kemudahan dunia dengan bab agama.
Cuma bezakan hadiah & sedekah alfatihah, hadiah alfatihah kpd sesiapa sahaja, sedekah alfatihah utk yg memerlukan..
Post a Comment