CARI KANDUNGAN BLOG

Memori Dunia di bawa ke syurga.

June 20, 2013

Apa yang diminati dalam hidup, dalam syurga jadi impian. Jika masa di dunia minat main badminton dalam syurga pun hendak main badminton juga. Kalau minat sangat bola sepak, dalam syurga pun minta nak main atau tengok bola sepak. Kalau suka memancing, pun dalam syurga sana itulah yang diminta.

Cuma, pertanyaan yang berat, adakah wajar ahli syurga minta semua itu? Sama juga persoalan-persoalan yang lain. Wajarkah ahli syurga minta main chess, main dam, alat muzik, minta nak menari gangnam style atau apa ssahaja benda yang diminati dalam dunia.

Masakan ahli syurga minta semua itu. Kalau itu yang jadi impian dalam syurga, layakkah pula menempati syurga?

Dalam Hadis nabi ada ceritakan mengenai ahli syurga minta apa yang jadi hobinya dalam dunia.

Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

أن رجلا من أهل الجنة استأذن ربه في الزرع فقال : أولست فيما شئت ؟ قال : بلى ، ولكني أحب أن أزرع ، فأسرع وبذر ، فتبادر الطرف نباته واستواؤه واستحصاده وتكويره أمثال الجبال ، فيقول الله تعالى : دونك يا ابن آدم فإنه لا يشبعك شيء ، فقال الإعرابي : يا رسول الله ، لا تجد هذا إلا قرشيا أو أنصاريا ، فإنهم أصحاب زرع ، فأما نحن فلسنا بأصحاب زرع ، فضحك رسول الله

Seorang lelaki ahli syurga telah minta izin kepada Tuhan untuk bercucuk tanam( dalam syurga).

Lantas Allah berkata kepadanya: Tidak cukupkah apa yang kamu mahukan dalam syurga?

Katanya: Memang sudah cukup, tetapi hobiku bercucuk tanam.

Lalu dia pun bersegera menyemai bijian dan yang ditanamnya tumbuh dengan dahan dengan cepat dan meninggi dengan pantas serta dituai dengan segera sehingga longgokan tuaiannya seperti gunung.

Allah berfirman kepadanya: Ayuhlah kemari makan wahai anak Adam, sesungguhnya ia tidak akan membuatkan kamu rasa kenyang berapa banyak pun kamu makan.

Lalu seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah. TIdak merasai nikmat ini melainkan orang Quraisy atau Ansar kerana merekalah ahli pertanian sedangkan kami bukan ahli pertanian.

Maka ketawaRasulullah SAW .

(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, apa yang anda minat? Minat itu akan dibawa ke syurga. Tapi...jangan buat malu dalam syurga minta hobi-hobi yang sebenarnya bukan syiar orang beriman.

Ditertawakan orang dalam syurga kang...salah tempat ke apa orang ni..hehe...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP