June 20, 2024

Tafsir Bid'ah: Menafsirkan Imam sebagai Jamak kepada Umm (ibu)

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk, ayat 71:


يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tafsir makna Imam dalam ayat adalah Imam dalam hidayah. Maka pada hari akhirat, setiap orang akan diseru sebagai pengikut imam hidayahnya. Mereka adalah para nabi Allah yang menyampaikan hidayah untuk diikuti manusia.

Namun, Zamakhsyari dalam tafsirnya, aL-KASYYAF, menafsirkan Imam itu sebagai ibu-ibu. Ertinya, kelak di akhirat, semua oranmg akan diseru dengan berbinkan ibunya. Alasannya menafsirkan demikian adalah kerana menjaga hak nabi Allah Isa A.S dan menutup keaiban anak zina serta memuliakan Hasan dan Husain yang silsilah mereka bersambung dengan Rasulullah SAW melalui Fatimah.

Menafsirkan Imam sebagai kata jamak kepada Ummu (ibu ) adalah menyalahi tatabahasa Arab. Jamak bagi Ummu adalah Ummat atau Ummahat. Lalu bagaimana dan dengan jalan apa kalimah Imam dihubungkan dengan Ummahat?

Sementara alasan menjaga hak nabi Isa yang lahir tanpa bapa sebenarnya tidak perlu. Justeru, kelahiran tidak berbapa itu merupakan satu kemuliaan buatnya. Kemuliaan Hasan dan Husain juga tidak memerlukan rekaan cerita sedemikian. Di hari akhirat, orang tidak lagi mempedulikan anak zina dan seumpamanya. Setiap orang pada hari itu, ada Sya'nun Yughnih.


Maka, penafsiran ini disifatkan sebagai tafsir yang bid'ah oleh Abdullah Al-Ghumari dalam kitabnya Bid'uttafasir.


Menurut Abdullah Al-Ghumari lagi, apa yang menghairankannya, bagaimana Al-Baidhawi yang merengkaskan tafsir Zamakhsyari itu boleh mengangkat penafsiran tersebut dalam kitab mulkhisnya. 


Qiraat Al-Hasan Al-Basri yang membacakan " bi kitabihim" bukan "bi Imamihim" , walaupun  syaz dan riwayat Ahad , menjadi dalil bahawa erti Imam dalam ayat bukanlah ibu tetapi ia membawa maksud kepala kepada millah atau hidayah. Lagi pula , apalah ertinya diseru seseorang berbinkan ibunya sedangkan konteks ayat adalah mengenai kejayaan ahlul haq dan kerugian ahlu batil.

Rujuk : Bid'uttafasir, Abdullah Al-Ghumari, ms78-79

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 71 Sureah Al-Israk tersebut menukilkan komentarnya mengenai pandangan yang menafsirkan Imam itu kepada ibu-ibu. Katanya, padangan tersebut adalah kritikan kerana ada hadis saheh dalam Bukhari dna Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda:

 إذا جمع اللهُ الأولينَ والآخرينَ يومَ القيامةِ رُفِعَ لكلِّ غادرٍ لِواءٌ يومَ القيامةِ فقيل : هذهِ غَدرةُ فلانِ بنِ فلانٍ

Kata Beliau, kalimah Fulan bin Fulan dalam hadis menjadi dalil bahawa seornag anak dibinkan kepada ayahnya dan bukan ibunya.



May 24, 2024

AYAT-AYAT MENUTUIP PANDANGAN MUSUH

Imam Al-Qurtubi menceritakan kisahnya di Cardoba semasa dia masih tinggal di sana (sebelum jatuhnya Cardoba dan hijrahnya ke Mesir). Satu ketika dalam pergolakan di Cardoba, dia telah diburu oleh dua askar berkuda sedangkan ketika itu dia berada di lapangan terbuka, maka dia telah membacakan Awal Surah Yasin dan beberapa ayat lain daripida Quran, lalu 2 askar berkuda itu melintasi dan tidak melihatnya. Dua askar pergi dan kembali lalu di tempatnya duduk tetapi mereka tidak melihatnya. Salah seorangnya berkata kepada temannya:

" Ini adalah Dubailah!( Syaitan) !", 

Awal Surah Yasin ialah ayat 1-9:


Ayat-ayat lain daripada Quran disebutkan dalam tafsirnya mengandungi kelebihan yang serupa iaitu menutup pandangan musuh ialah. Ayat-ayat ini disebutkan oleh Imam Qurtubi dari jalan riwayat Ka' ab bin Al-Ahbar ketika menafisirkan ayat 45 Surah Al-Israk dalam kitabnya Al-Jami' Li Ahkamil Quran.


1) Surah Al-Israk: Ayat 45

﴿ وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا﴾

2) Surah Al-Kahfi: Ayat 57

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِىَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ ۚ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى ٱلْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدًا


3) Surah An-Nahl: Ayat 108

أولئك الذين طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم وأولئك هم الغافلون 

4) Surah Al-Jathian: Auyat 23

أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍۢ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ




April 29, 2024

Tiada Rasul Selepas Yusuf Wafat?

Allah SWT berfirman dalam Surah Ghafir, ayat 34:


وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَاءَكُم بِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُّرْتَابٌ


Ayat ini menceritakan perihal oran Mesir yang telah dianugerakan Yusuf sebagai nabi yang membawa mukjizat dan keterangan buat mereka. Yusuf bin Yaakob adalah seorang Rasul yang diutuskan sebelum Musa dan dia menjabat posisi sebagai Aziz Mesir. Kaum Qibti mentaatinya sebagi Aziz Mesir dan bukan sebagaiu Rasul. Mereka tidak benar-benar yakin dengan ajaran yang dibawa nabi Yusuf.

Bila Yusuf sudah wafat, mereka pun rasa bebas daripada Kerasulan Yusuf itu dan mengatakan bahawa setelah itu tiada lagi Rasul Allah.

Nabi Yusuf hidup selama 130 tahun dan bila dia meninggal, dia tidak meninggalkan zuriat. Kerana itu, orang di Mesir pun kata kenabian dan kerasulan telah terputus disebabkan nabi Yusuf tiada pewaris. Sangka mereka kerasulan itu adalah barang pusaka warisan dari ayah ke anak dan sterusnya. Maka sangkaan itu adalah sangkaan buruk kepada Allah SWT.

Kata Imam As-Sa'di dalam tafsirnya, Yusuf dalam ayat adalah Nabi Allah Yusuf bin Yaakob alaihimassalam.


Kata Ibn Abbas, Yusuf yang dimaksudkan dalam ayat ialah Yusuf bin Afra'im bin Yusuf bin Ya'akob dan menjadi nabi untuk kalangan Bani Israil selama 20 tahun.

An-Nuqqasy meriwayatkna perkataan Ad-Dhohak, bahawa Yusuf tersebut adalah seorang Rasul dari bangsa Jin untuk Bani Israil



CARI KANDUNGAN BLOG