DAURAH 46
February 28, 2009
Daurah Malam ini : 17/2/2009-Selasa
Muka Surat 46
Surah Al-baqarah: Ayat 275-281
Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
Hukum Tajweed: Ust. Nasir - tanda waqaf dan maksudnya.
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan/Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1. Ust. Nasir menimbulkan persoalan mengenai:
- Manakah yang lebih baik, sedekah berdikit-dikit atau sekaligus?
- Apakah hukumnya ketika sujud terangkat anggota sujud yang tujuh selain dahi?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa mengankat dahi semasa sujud lalu diulang letak semula akan membatalkan solat kerana menambah rukun. Adapun anggota yang lain tidak termasuk dalam makna menambah rukun kerana ia bukanlah makna utama sebuah sujud.
- Apakah Asas mencuit bahu bnagi masbuk yang ingin berimamkan seseorang yang lain?
Jawapan bagi soalan ini ditangguhkan
2. Tn. Hj. Yusuf mengulas (penambahan) bagi menjelaskan maksud ayat 273 ialah bagi maksud dan pengertian yang luas meliputi orang yang berkhidmat tanpa gaji sama ada untuk kemanusiaan atau agama Islam. Termasuk dalam makna ayat ialah mereka yang sibuk menuntut ilmu.
0 comments:
Post a Comment