DAURAH 47
February 28, 2009
Daurah Malam ini : 23/2/2009-Isnin
Surah Al-baqarah: Ayat 275-281
Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
- Ada orang mendakwa bahawa mereka tak makan riba, cuma belanjakan ke arah yang lain seperti rumah, kereta dan sebagainya. Apakah benar begitu?
- Membuat pinjaman peribadi dengan perbankan Islam.
- Apakah hukumnya sistem Islam yang ada di Bank Konvensional, sumber wang bercampur?
- Bacaan imam yang salah sebut pada huruf Ro menjadi Ra dalam fatihah, adakah batal solat?
- Apakah matahari mengelilingi bumi atau bumi mengelilingi matahari?
- Hukum jual beli duit.
- Hukum beli kereta dan rumah dengan cara bukan Islam.
- Maksud tinggalkan sisa riba dalam ayat 278.
Ayat yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."
Ust Kamaruddin menjelaskan maksud ayat tersebut adalah apabila memberi hutang lalu dikenakan riba pada bayaran balik nanti, maka itulah sisa riba yang perlu ditinggalkan. Maksud ini boleh dilebarkan dalam ursan mu'amalat yang lain yang bukan berkaitan hutang piutang seperti pelaburan, simpanan, pajak gadai dan sebagainya.
- Apakah caranya kita menguruskan mayat saudara baru yang telah dibakar menjadi abu oleh keluarganya?
Ust. Kamaruddin membawa kisah kematian Raja Najasyi yang disolatkan secara ghaib oleh Rasulullah SAW apabila mendengar berita kemangkatannya. Rasulullah tidak mengutus orang untuk menuntut mayat Najasyi walaupun dia telah Islam. Justeru, jika mayat seorang muallaf diuruskan mengikut cara kafir,seperti dibakar, cukuplah dengan solat jenazah ghaib untuknya. Wallahu 'alam.
6. En Samit menimbulkan dua isu:
- Konsep pembahagian untung dan menanggung kerugian dalam sistem pelaburan Islam.
- Membesihkan harta riba dengan bayar zakat, memadaikah?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa harta riba tidak dapat dibersihkan dengan zakat kerana harta riba adalah haram secara kulli.
0 comments:
Post a Comment