CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 114

September 27, 2009

TARIKH:27/09/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 114
Surah Al-Maidah: 37-41


PENGERUSI: Ust Kama
ULASAN TAJWEED:En. Suradi
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting

  • Ayat 37 adalah khas untuk orang-orang kafir.
  • Hukum potong tangan kepada pencuri diamalkan sejak zaman jahiliah.
  • Orang yang pertama sekali dipotong tangan semasa jahiliah adalah Al-Walid bin Al-Mughirah.
  • Lelaki pertama dipotong tangan semasa Islam ialah Al-Khiar bin 'Adi bin Naufal bin Abd Manaf.
  • Perempuan pertama yang dipotong tangan dalam Islam ialah Marrah binti Sufyan binti Abd Asad daripada bani Mahkzum
  • Abu Bakar dan Umar melaksanakan hukuman potong tangan pada zaman pemerintahan mereka.
  • Ayat potongan walaupun umum kepada semua, ia tertakluk kepada syarat.
  • Sabda nabi SAW:
لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا

Tidak dipotong tangan pencuri melainkan jika nilai curiannya 1/4 dinar atau lebih.

Nilainya sama dengan 3 dirham.Saru dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat).

Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, katakan harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian semasa adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.

Syarat-syarat potong tangan bagi pencuri:
1)Jenayah itu namanya mencuri (barang yang dicuri itu disimpan)
2)Nilai curian cukup nisab (1/4 dinar).
3) harta curian adalah harta yang dihormati.
4)harta curian diambil dari jagaan pemilik.
5) harta curian bukan harta syubhat dan harta milik bersama.
6)Si pencuri itu mukallaf termasuk kafir zimmi.
7)Kes kecurian sabit berdasarkan pengakuan atau saksi (2 orasng saksi lelaki)

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

a)En Suradi

1) Jika pencuri yang disabitkan hukuman potong tangan, tiada tangan kiri, apakah hukuman itu berpindah ke tangan kiri?

Ust Kama: Yang diperintahkan adalah potong tangan pencuri. Oleh itu jika tiada tangan kanan, tangan kiri yang dipotong.


2) Kenapa mencuri harta rampasan perang tidak dikenakan hukuman potong tangan?

Ust Kama: Harta ghanimah adalah harta milik bersama ummat Islam. Oleh itu ia termasuk dalam kumpulan harta syubhat.

3) Dari pihak manakah saksi bagi kes mencuri? Dari pihak mangsa atau pencuri?

Ust Kama: Saksi bagi kes mencuri adalah 2 lelaki atau satu lelaki dan 2 perempuan. daripada pihak mana tidak penting asalkan mereka menyaksikan kejadian cuir tersebut.


b)En Samit

1) Apakah hukuman bagi pencuri bukan Islam?

Ust kama: Orang Islam dan kafir tertakluk kepada hukum potong tangan.

2) Ulasan: Kedapatan kalangan pemimpin yang membuat momokan bahawa jika tangan pencuri dipotong, ramailah yang berjalan di dalam keadaan tiada tangan dan akan terbantutlah pembangunan negara?


c) Hj. Yusuf

Orang yang disesatkan Allah seperti pengamal ajaran Qadiayani, jika mereka meninggal dunia, apakah kita patut solatkan jenazah meeka? Di manakah mereka perlu dikebumikan?

Ust Kama: Haram mensolatkan mereka dan mayat mereka hendaklah dikebumikan di kubur bukan muslimin.


d)En Momoh

1) Penzina lelaki dan perempuan yang telah dijatuhi hukuman sebat, apakah boleh mereka kahwin dahulu?

Ust Kama: Hukum Allah hendaklah ditegakkan dahulu apabila sudah diputuskan.

2) Jika anak perempuan lahir dari hasil zina tersebut, bolehkah bapa zinanya mewalikan pernikahannya kelak?

Ust kama: Bapa anak zina bukan walinya. Walinya ialah wali hakim.

3) Apakah boleh berkahwin dengan pasangan zina sendiri yang mengandung?

Ust Kama: Ulama berselisih pandangan mengenainya

Malik: Harus menikahi wanita penzina walaupun tidak beraubat, asalkan dia telah istibra'.
Abu Hanifah: Tidak harus menikahinya selepas istibra', apabila dia tidak hamil.
Syafie: harus menikahinya walaupun dia hamil kerana hamil zina tiada kehormatan padanya.

Ibnu Taimiyyah: Haram menikahi perempuan dan lelaki penzina secara mutlak berdalilkan firman Allah swt:


Rujuk: Islamqa
Rujuk: Ibn Taimiyyah


e)Hj. Jaafar

Bagaimana jika sekeluarga terlibat dalam jenayah mencuri dan semuanya telah menjalani hukuman potong tangan, apakah pihak kerajaan (merujuk kepada pengalaman Arab Saudi) menawarkan pampasan untuk menanggung hidup mereka?

Ust Kama: Mereka akan dibantu dengan zakat dan baitulmal jika mereka tergolong dalama kalangan faqir miskin dengan sebab hilang upaya bekerja.


f)Hj. Osman

Apakah mencuri dalam keadaan miskin, lapar, kesempitan hidup juga dikenakan hukuman potong tangan?

Ust Kama: Umar al-Khattab pernah mengangkat hukuman potong tangan bagi pencuri pada zaman pemerintahannya disebabkan susana kelaparan sedang menyerang negeri.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP