CARI KANDUNGAN BLOG

KEMPEN INFAQ SURAU AL-FAJR

September 19, 2009


Sempena Ramadhan, surau Al-Fajr melancarkan kempen infaq bagi tujuan pembaikan beberapa prasarana surau di samping bertujuan menanggung kos bil elektrik. Surau Al-Fajr tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap bagi tujuan tersebut. Atas rasa bahawa surau Al-Fajr adalah sebuah rumah Allah dan dimiliki secara bersama oleh seluruh warga Taman Fajar dan taman-taman sekitarnya secara khusus dan milik ummat Islam secara amnya, maka amat wajar infaq disalurkan untuk dana surau.

Oleh itu, pada tanggal 18 September 2009, semasa berhenti rehat antara solat taraweh malamnya,, pengerusi surau, Tn Hj. Ayung Hasan telah melancarkan Kempen Infaq Surau Al-Fajr. Serentak dengan pelencaran tersebut gimik pengedaran tabung dilancarkan. Kempen ini adalah sebuah kempen yeng berterusan setelah Ramadhan. Beberapa cara penyaluran infaq telah dinyatakan iaitu:

1) Melalui akaun surau Al-Fajr iaitu: 56002700108 (Maybank) atas nama Surau Al-Fajr, Sandakan.

2) Melalui pengerusi surau, Tn Haji Ayung Hasan pada talian : 0128192504

3) Melalui bendahari surau, En Abd Muda Ajak pada talian : 0168304322

Umat Islam dialu-alukan untuk menyalurkan infaq kepada surau Al-Fajr. Adalah menjadi harapan Jawatankuasa Surau khasnya dan masyarakat setempat amnya untuk melihat Surau Al-Fajr dinaiktaraf menjadi masjid satu hari nanti. Oleh itu, dana-dana yang disalurkan akan merentangkan jalan lebar ke arah itu dan ia akan menjadi amal jariah yang berkekalan. Rebutlah peluang menanam saham akhirat anda!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP