DAURAH 144
January 26, 2010
TARIKH: 26/01/2010
MUKA SURAT : 144
SURAH AL'AN'AM: 125-131
PENGERUSI : SURADI
TAJWID : Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN : Suradi
TAFSIR : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1) En Ladis.
a) Soalan: Apakah hukumnya menderma kepada orang bukan Islam yang memungut derma untuk tujuan agama mereka seperti membina gereja, majlis keagamaan dan sebagaimnya?
Ust Kama: Menderma untuk tujuan keagamaan orang bukan Islam adalah dilarang (haram) kerana ia termasuk dalam bertolongan dalam perkara maksiat. Kekufuran adalah kemaksiatan terbesar.
b) Soalan: Apakah mendengar bacaan Al-Quran pada CD diberikan ganjaran pahala?
Ust Kama: Sama ada membaca Al-Quran atau mendengar bacaan Al-Quran, masing-masing ada ganjaran pahalanya.
2) Hj. Jafar
Soalan: Apakah jin boleh mengganggu manusia?
Ust Kama: Gangguan jin ke atas manusia adalah diperakui oleh nas Al-Quran maupun Hadis.
3) Mr. X (tak dapat dipastikan nama)
a) Soalan: Apakah kedudukan ibu mentua bagi seorang menantu?
Ust Kama: Kedudukan ibu mentua bagi menantu adalah sama seperti ibu sendiri.
b) Soalan: Mana yang lebih patut ditaati oleh seorang isteri? Suami atau ibu bapa?
Ust Kama: Suami lebih utama daripada ibu bapa bagi seorang isteri.
4) Hj. Osman
Soalan: Di manakah keududukan syurga al-Khuldi?
Ust Kama: Wallahu 'alam
5) Suradi
Soalan: Bagaimanakah keadaan seorang makmum masbuk yang bertakbiratul ihram untuk solat berjemaah tetapi imam memberi salam sebelum sempat habis bertakbir?
Ust Kama: Dia tidak mendapat solat berjemaah.
0 comments:
Post a Comment