DAURAH 141
January 23, 2010
TARIKH: 23/01/2010
MUKA SURAT : 141
SURAH AL'AN'AM: 102-111
PENGERUSI : SURADI
TAJWID : Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN : Samit
TAFSIR : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1)EN. LADIS
Soalan: Perlukah menjawab salam daripada Radio?
Ust Kama: Jika siaran langsung maka hukumnya adalah wajib kerana umumnya nas yang memerintahkannya. Namun kewajipannya adala Fardhu kifayah. Jika siaran rakaman, tidak wajib.
Imam Nawawi menyebutkan dalam Al-Adzkar (ms 247) bahawa wajib menjawab salam yang diucapkan dari belakang dinding atau ditulis dalam surat ataupun disampaikan melalui orang lain.
Sesetengah ulama menghukumnya sunat sahaja.
Rujuk:
1). Ijabah
2). Islamqa
2) EN. OTING
Soalan: Apakah salam daripada bukan Islam perlu dijawab?
Ust Kama: Ya, perlu dijawab dengan ucapan yang sama atau lebih baik.
3) HJ. JAAFAR
Soalan: Apakah maksud "sembah Allah seolah-olah nampak Allah" ? Apakah nampak Zat Allah?
Ust Kama: Ia adalah dimensi ihsan yang merupakah satu daripada 3 cabang pokok Islam. Maksudnya menyembah Allah seumpama Allah di hadapan. Demikian dekatnya dia. Itu tak mampu dilakukan dan memang pun tidak mampu dilakukan kerana Allah tidak bisa dilihat. Justeru, percayalah bahawa Allah melihat kita.
4) EN SURADI
a)Apakah asal muasal azan?
Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Zaid terdapat bagaimana azan pertama mula lahir dan dilaungkan sebagai cara memanggil solat.
b) 3 Perkara yang dikurniakan kpd nabi SAW di malam Israk. Apakah maksud penutup surah Al-Baqarah?
Ust Kama: Nabi dikurniakan solat 5 waktu.
0 comments:
Post a Comment