Allah pelihara ibu bapa yang Soleh.
July 7, 2011
وَأَمّا الْغُلاَمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَآ أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَاناً وَكُفْراً فَأَرَدْنَآ أَن يُبْدِلَهُمَا رَبّهُمَا خَيْراً مّنْهُ زَكَـاةً وَأَقْرَبَ رُحْماً
وَأَمّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلاَمَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحاً فَأَرَادَ رَبّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مّن رّبّكَ
80. Dan adapun anak muda itu, Maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.
81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).
82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".
(Surah Al-Kahfi: Ayat 80-82)
Ayat-ayat di atas memberi gambaran kepada kita faedah menjadi ibu bapa yang soleh. Seorang ibu bapa yang soleh, Allah akan pelihara daripada angkara murka yang mungkin datang daripada anak yang durhaka dan kufur.Dengan kata lain, ibu bapa yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh juga dengan pertolongan Allah. Ia merupakan rahmat kurniaan Allah buat ibu bapa yang semacam itu sebagaii ganjaran atas kesolehan mereka. Di dunia, Allah akan kurniakan anak-anak yang menyejukkan matanya di kala dipandang dan sesudah mati mereka akan menjadi generasi bertakwa.
Selain pemeliharaan Allah ke atas ibu bapa yang soleh, Allah juga akan menjaga zuriat mereka di kala ketiadaan mereka sama ada sesudah matinya mereka atau berjauhan daripada anak mereka. Ini kerana Allah merupakan wali (pemimpin) bagi orang-orang soleh. Sudah tentu seorang pemimpin akan menjaga bawahannya agar mereka selamat sepanjang masa. Sekalipun ibu bapa telah meninggal, Allah akan menjaga anak-anak mereka, sebagai ganjaran atas kesolehan mereka.
Allah memelihara dua ibu bapa yang beriman itu dengan cara menghantar nabi Khidr membunuh anak mereka yang bakal menjadi duka lara yang menentang keimanan mereka kepada Allah SWT. Demikian pula, Allah menghantar nabi Khidr untuk menyelamatkan khazanah milikdua anak yatim yang mana bapa mereka orang soleh. Seolah-olahnya, sebab perlakuan Khidr dalam dua hal ini adalah kerana kesolehan ibu bapa. Dengan kata lain, kalau bukan kerana kesolehan ibu bapa tersebut, tak akan dipedulikan apa yang bakal terjadi!
Subhanallah...jadikan kami ibu bapa yang soleh agar Allah menjaga anak-anak kami.

0 comments:
Post a Comment