CARI KANDUNGAN BLOG

JARYAH 50 (2013)

July 16, 2013



Masjid Al-Fajar sekali lagi melancarkan kempen Infaq Ramadhan pada tahun ini dengan menggunakan jenama Jaryah 50. Tujuan kempen infaq kali ini adalah untuk mengumpulkan dana daripada para penyumbang sempena Ramdhan kali ini  bagi tujuan membina ruangan tambahan sebelah kanan masjid untuk kemudahan solat pada saat limpahan jamaah, terutamanya pada musim perayaan. Malah kekadang ruang untuk solat Jumuat juga tidak mencukupi dalam kapasiti sedia ada seperti sekarang ini. Maka, diharapkan dengan adanya ruang tambahan tersebut, akan melapangkan tempat duduk jemaah yang kian bertambah dari hari ke hari. 

Di samping itu, berikutan siapnya tandas baru yang telah dibina dengan duit sumbangan orang ramai dalam siri Infaq Ramadhan yang terdahulu, bangunan  tandas lama perlu dinyahkan. Tempat tandas lama itu juga diharapkan dapat digunakan sebagai kawasan tambahan untuk jemaah solat.

Anggaran jumlah projek kali ini adalah dianggarkan sekitrar RM20 ribu. Sumbangan jemaah masjid amat diperlukan. Pihak Jawatankuasa masjid yang baru ini berkeyakinan bahawa masjid yang dibina dengan hasil sumbangan orang ramai adalah masjid yang penuh keberkatan. Rasa keberhakan yang dikongsi bersama akan menjadikan rasa cinta penduduk kepada masjid akan bertambah.

Untuk itu, kepada pejuang-pejuang kehidupan solat berjemaah dan pencinta masjid sekalian, libatkan diri dalam mengedarkan flyers kepada sebanyak mungkin manusia. Allah SWT yang akan menggerakkan hati manusia untuk menyumbang. Jadilah sebagai sebab kepada hidayah manusia sekalipun kemampuan kita untuk menguasai semua prasarana hidayah tidak seberapa. Jika kita hanya mampu menyumbang RM50, tetapi dengan sebab kita sebagai penyebar flyers infaq Ramadhan, kita telah menjemput puluhan orang terlibat, maka ganjaran tentu dikongsikan bersama oleh kita sebagai penyebab.
 

Masjid Al-Fajar adalah anugerah Allah untuk orang yang beriman!



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP