CARI KANDUNGAN BLOG

Setiap sesuatu telah ditakdirkan

June 20, 2014

Ekstrak Daurah Al-Quran
Siri 540 (Kedua terakhir)

Setiap sesuatu telah ditakdirkan




Sabda Rasulullah SAW:

أول ما خلق الله القلم قال له: اكتب، فكتب مقادير كل شيء قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة، وكان عرشه على الماء


" Ciptaan Allah yang pertama adalah Al-Qalam, lalu Dia berfirman kepada Al-Qalam: Tulislah!. Maka Al-Qalam punb menulis takdir segala sesuatu dan itu terjadi 50 ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi. Adalah arasy Allah itu di atas air".
(Hadis Riwayat Muslim)

Dakwaan sesetengah kalangan sufi dan yang mengikut manhaj mereka bahawa yang pertama diciptakan adalah Nur Muhammad adalah tidak didasari nas yang jelas. Konsep Nur Muhammad itu difahamkan secara samar daripada beberapa nas yang menyebut mengenainya. Hadis di atas menyatakan Al-Qalam adalah makhluk pertama yang diciptakan. Namun, ada nas yang juga saheh menyatakan bahawa Arasy adalah makhluk pertama yang diciptakan. Para ulama yang ahli dalam menjelaskan maksud hadis, ada merumuskan bahawa jika digabungkan kedua-dua nas yang menyatakan penciptaan arasy dan penciptaan al-Qalam, maka dapat difahami bahawa penciptaan Arasy mendahului Al-Qalam.

Nas yang sering menyebut bahawa Allah di atas langit hendaklah difahami bahawa Allah di atas arasy. Arasy adalah langit dari segala langit yang tujuh. Allah memang tidak mengambil tempat di langit tetapi Dia meliputi langit dan bumi. Mengatakan Allah berada di mana-mana yang kemudiannya membawa kepada dakwaan Allah berada di semua tempat telah tanpa sedar menngaitkan Allah sebagai bertempat.

Baiklah kita katakan Allah "fis Samaa' ". Untuk tidak membingungkan dan menimbulkan fitnah, cakap sahaja "Allah Fis Sama" dan tidak perlu pening-pening kepada menterjemahkannya kepada bahasa Melayu jika terjemahan itu menimbulkan polimik. Alih bahasa selalu membuat orang salah faham.

Mungkin di sinilah nampak perlunya kita mensifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkannya dalam bahasa Al-Quran diturunkan.

Mengenai soal Arasy Allah di atas air, ia juga disebutkan dalam Al-Quran:

وَهُوَ الذِي خَلقَ السَّمَأوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلى المَاء

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah arasy-Nya (sebelum itu) di atas air
(Surah Hud : Ayat 7)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP