CARI KANDUNGAN BLOG

Khabbab bin Al-Irt dihina Al-As bin Wail

April 23, 2016

Khabbab bin Al-Irt, seorang sahabat Rasulullah SAW dan tergolong kalangan " As-Sabiqunal- Awwalun". Beliau telah pergi kepada Al-'As bin Wail untuk minta htangnya yang tidak dibayar. Tetapi, Al-As bin Wail mengejeknya sambil berkata:

" Aku tidak bayar hutangmu sebelum kau kufur dengan agama Muhammad!",

Lalu kata Khabbab:

"Demi Allah, aku tidka akan keluar dari agama Rasulullah sehinggalah kau mati dan kemudian dibangkitkan semula!".

"Apa? Aku akan dibangkitkan semula?" Al-As bin Wail ketawa sambil berpura-pura terkejut.

" Kalau aku mati lalu dibangkitkan semula, kemudian dikembalikan harta dan anak-anakku, barulah akan bayar hutangmu itu", lanjut Al-As bin Wail mengejek Khabbab bin Al-Irt. Dia ketawa sambil berlalu pergi meninggalkan Khabbab bin Al-Irt yang tidak mendapat semula tuntutan hutangnya.

Kemudian...turunlah ayat yang menyindir perkataan Al-As bin Wail itu:


أَفَرَأَيْتَ الَّذِي كَفَرَ بِآيَاتِنَا وَقَالَ لَأُوتَيَنَّ مَالًا وَوَلَدًا (77) أَطَّلَعَ الْغَيْبَ أَمِ اتَّخَذَ عِندَ الرَّحْمَٰنِ عَهْدًا (78) كَلَّا ۚ سَنَكْتُبُ مَا يَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُ مِنَ الْعَذَابِ مَدًّا (79) وَنَرِثُهُ مَا يَقُولُ وَيَأْتِينَا فَرْدًا (80) وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا (81) كَلَّا ۚ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا(82)
Surah Maryam: Ayat 77-82



Al-As bin Wail punya dua orang anak bernama Hisyam dan Amru. Hisyam masuk Islam lebih awal dari Amru. Bila Hisyam masuk Islam, dia dikurung oleh bapanya. Anaknya Amru pula masuk Islam bersama Khalid bin Al-Walid dan Uthman bin Talhah setelah peristiwa perang Ahzab iaitu tahun ke-8 H

Al-As bin Wail mati kerana gara-gara terpijak duri. Itupun kerana doa Rasulullah SAW sebagai akhibat daripada kelancangan mulutnya menghina Rasulullah SAW.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP