CARI KANDUNGAN BLOG

HADIS TIDUR ORANG BERPUASA IBADAH

May 18, 2019

Bulan puasa, kalau nak tidur, tidurlah. Tak mengapa dan dan batal puasa. Makruh pun tiada. Ia harus sebagaimana hukumnya di bulan-bulan yang lain. Tapi, untuk mengatakan ianya ibadah, perlu dalil yang kuat. Selalu sahaja orang mengaitkan tidur orang berpuasa dengan ibadah. Kaitan ini didasarkan kepada apa yang disebutkan dalam hadis. Antara sumbernya ialah Sunan Al-Baihaqi dalam bab "Sya'bil Iman"(Rujuk Jil 3, ms 1437) dan terdapat juga dalam Kitab Ihya Ulumuddin.

Hadisnya ialah:

عن عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : نوم الصائم عبادة ، وصمته تسبيح ، ودعاؤه مستجاب ، وعمله مضاعف

" Daripada Abdullah bin Abi Aufa r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: Tidur orang berpuasaitu ibadah, diamnya tasbih, doanya mustajab dan amalannya pahala berganda". 

Imam Baihaqi sendiri telah mendaifkan sanad hadis ini kerana di dalammya ada seorang rawi bernama Ma'ruf bin Hasan yang disifatkannya sebagai daif. Terdapat juga rawi bernama Sulaiman bin 'Amru An-Nakhaie yang lebih daif daripadanya. Ibn Iraqi ketika mentakhrijkan hadis ini yang terdapat dalam Ehya Ulumuddin menyifatkan Sulaiman An-Nakhaie sebagai salah seorang pendusta hadis. Kedaifannya disebutkan juga oleh Al-Manawi daalam "Faidhul Qadir dan oleh Albani dalam Silsilah Hadis Daifnya.

Para ustaz, khutabaa dan penceramah perlu berhati-hati dalam beriwayatkan hadis. Hadis-hadis yang diputuskan daif oleh para pakar hadis hendaklah dijauhi daripada disemboyankan di atas mimbar dan juga pada mikrofon masjid serta surau. Lebih-lebih lagilah kalau hadis itu maudhu'.

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP