CARI KANDUNGAN BLOG

ZAKAT FITRAH UNTUK JANIN

May 21, 2019

Jika Janin dalam perut ibunya lahir pada bulan Ramadhan dan hidup sampai jatuh matahari akhir Ramadhan, maka wajiblah zakat fitrah dikeluarkan atas namanya. Namun, andai kata dia mati sebelum jatuh matahari, tidaklah wajib untuknya dizakat fitrahkan.

Jika Janin itu lahir pada malam raya, yakni selepas jatuh matahari hari akhir Ramadhan, maka tidaklah wajib dikeluarkan zakat fitrah atas namanya.

Hanya jika janin itu hidup pada sebahagian Ramadhan dan Syawal, walau satu lahzoh, maka wajiblah dikeuarkan zakat fitrah buatnya. Umpamanya lahir seketika sebelum azan maghrib malam raya, tetapi lahir hidup dan mati sebelum masuk insya atau sejurus selepas selsai azan maghrib sekalipun, maka wajib dizakatkan fitrah untuknya.

Untuk faham masalah ini, kesimpulannya ialah, seseorang yang merasai hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal, barulah perlu bayar zakat fitrah. 


Namun, menurut Syeikh Othaimin, mengambil pandangan Imam Ahmad, zakat untuk janin yang masih belum lahir walaupun telah masuk satu Syawal, SUNAT dibayarkan zakat fitrah untuknya.

Sementara sesiapa yang mati pada malam raya, maka wajib dibayarkan zakat untuknya. Berbeza dengan janin yang lahir malam raya yang tidak wajib dizakatfitrahkan untuknya.

Demikian halnya bagi orang yan g masuk Islam pada malam raya, tidaklah wajib zakat fitrah atasnya.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP