CARI KANDUNGAN BLOG

Anak diseru berbinkan ayahnya, bukan ibunya.

November 25, 2019

Semalam kuliah Tafsir di Masjid Nurus Saadah. Tafsir antara lain ayat 50 Surah Al-Mukminun.

وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 

" Dan kami jadikan anak Maryam dan ibunya sebagai satu tanda serta kami bawa kedua-duanya berlindung di sebuah tempat tinggi yang boleh dihuni dan ada sumber mata air".

Ketika jelaskan tentang lafaz Ibn Maryam, anak Maryam iaitu nabi Isa, saya kaitkan dengan dakwaan sesetengah orang tentang anak dibinkan dengan ibu pada hari akhirat.  Kerana itu, masa baca talqin, lebai akan mentalqinkan mayat sambil menyeru y" yah Sya'ari bin Amatillah". Membinkan seseornag dengan ibunya tidak disokong oleh nas yang Saheh. Nas yang saheh menyebutkan bahawa seseornag itu dibunkan dengan ayahnya, dan bukan ibunya.

Nas pertama adalah daripada Al-Quran sendiri. Surah Al-Ahzab, ayat 5 , Allah berfirman:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ
"Panggillah mereka( anak-anak) dengan dibinkan kepada ayah mereka, itulah yang lebih adil dalam neraca Allah"

Quran suruh panggil anak dengan dibinkan kepada ayah.Bukan Ibu.

Nas kedua adalah daripada Hadis. hadis dalam Saheh Muslim. No hadis 6177. 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ ).

Kata Nabi, pada hari kiamat seseorang pengkhianat diberikan tanda dan namanya disebut Fulan bin Fulan dan bukan Fulan bin Fulanah!

Lantas daripada mana datangnya amalan menyebut mayat dibinkan dengan ibunya. Ianya datang daripada sumber hadis yang  daif Jiddan. Hadis itu disebutkan dalam Mu'jam At-Tobrani. Daripada Abu Umamah Al-Bahili, katanya Rasulullah telah bersabda:

إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيبه ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله

فقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه ؟ قال فلينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء
 

Hadis ini Daif Jiddan , tidak boleh jadi hujjjah dan tidak boleh buat amalan . Al-Haithami kata dalam sanadnya ada sekumpulan yang dia tidak kenal mereka. Ibn Solah, AN-Nawawi, Al-Iraqi, Ibn Qayyim dan Ibn Hajar, semua mereka mendaifkannya.

Perlu diingat , Imam Bukhari sendiri telah membuat bab dalam Sahehnya dengan tajuk:


 ما يدعى الناس بآبائهم

Bab Seseorang Manusia diseru dengan nama bapanya

Tidaklah Imam Bukhari yang bijak laksana itu membuat nama bab tanpa ada tujuannya.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP