CARI KANDUNGAN BLOG

SOLAT SUNAT HADIAH

December 1, 2019

Solat sunat hadiah adalah solat khusus yang dilakukan sesudah mayat ditanam dan selalunya pada malam pertama. Solat sunat hadiah bukanlah bermaksud solat sunat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Jika hadiah pahala sunat kepada si mati, maka ia masihg lagi dalam daerah khilaf di kalangan ulama. Mazhab Abu Hanifah kata pahala amalan yang dihadiahkan kepada si mati, sampai. Manakala pendapat Imam Syafie dam Imam Malik, tidak sampai pahala.

Samalah hadiah pahala sedekah, baca Quran, puasa , solat dan sebagainya.

Namun, apa yang dinamakan solat Hadiah dengan tatacaranya itu, maka tiada didapati sumber otentik dalam nas. Mereka yang bercakap mengenai solat ini, termasuk pak guru dari pesentren, tidak membawa bersama dalil amalan tersebut daripada rasulullah SAW. Mereka cuma membaca petikan dalam kitab yang juga tidak membawa dalil saheh daripada Rasulullah SAW.

Padahal solat adalah amrun tasyri'i yang tidak boleh masuk di dalamnya bikinan orang lain. Ia mesti datang dari pentunjuk Rasulullah SAW.

Ringkas cerita solat sunat hadiah ini tidak disyariatkan. Sekurang-kurangnya , inilah sikap ulama kibar ahlu Sunnah termasuk para jaguh hadis.

Jika dirujuk kepada sumber-sumber Syiah, solat ini diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka. Mereka menamakan solat ini dengan Solat wahsyah, Solat lalatu dafni atau Solat Hadiyah.

Apakah amalan ini diserap masuk ke dalam dunia Sunni dari Syiah seperti halnya banyak amalan lain yang kepunyaan Syiah tetapi mempengaruhi Sunni. Hal ini akan kita telaah dalam kesempatan yang lain.

Sila rujuk konsep solat Hadiah dalam dunia Syiah. Apakah tidak mungkin ini sumbernya yang merayap ke dalam khazanah Ahli Sunnah.  Syiah adalah Yahudi ummat ini dan ummat ini kata nabi , akan mengikut Yahudi syibran syibran.


 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP