CARI KANDUNGAN BLOG

AL-HAKIM BI AMRILLAH

August 26, 2020



Beliau adalah khalifah kerajaan Fatimiyyah yang ke-6. Naik tahta pada usia 11 tahun.


Nama sebenarnya adalah Abu Ali Al-Mansur bin Al-Aziz Billah bin Al-Mu'iz Lidinillah.

Lahir pada tahun 375H (985M) di Mesir. Beliau menjadi raja pada tahun 386H setelah kematian bapanya Al-Aziz Billah.

Abu Futuh Barjuan dilantik sebagai wasinya tetapi pada usia Al-Hakim 15 tahun, dia telah mengusai kerajaan dan namanya disebut di atas membar2 di Mesir, Syam dan Afrika.


Memerintah sehingga tahun 1021M.


Undang-undang pelik yang dikenakannya kepada rakyat:

1) Haram makan Mulukhiah (sejenis tumbuhan: Corchorus olitorius)

2) Rakyat hendaklah bekerja di malam hari dan berehat di siang hari.

3) Penumpah darah.

4) Meruntuhkan gereja

5) Orang Nasrani hendaklah masuk bilik mandi membawa lonceng (utk pengenalan)

6) Mendakwa diri sebagai Tuhan dan tahu hal ghaib.

7) Ubah waktu azan solat zohor ke Jam 7, dan solat asar ke jam 9.

8 ) Haramkan solat taraweh selama 10 tahun sebelum membenarkannya kembali.


Beliau membunuhnya wazirnya Burjuan. Beliau membunuh gurunya Abu Tamim Said Al-Faruqi.

Sejarawan Mesir bernama Sawir bin Al-Muqaffa' menganggarkan orang yang dibunuh oleh Al-Hakim menjangkau jumlah 18 ribu. Dia memulakan tabiat penumpah darahnya dengan membunuh menterinya yang mendidiknya sejak kecil bernama Barjuan. Puncanya kerana masa kecil menterinya itu pernah memanggilnya "cicak".

Ketika rombongan pendakwah mazhab Ismaili datang ke Mesir di ketua oleh Muhammad bin Ismail Ad-Druz dan Hamzah bin Ali Al-farisi, mereka menyifatkan Al-Hakim sebagai Tuhan. Ini membuatkan Al-Hakim mempunyai anggapan bahawa Tuhan menjelma dalam dirinya.

Pada tahun 408 dia mula mendakwa ketuhanannya. Untuk itu satu markaz di Gunung Al-Muqattam diwujudkan dan di sana senarai nama orang yang beriman dengannya ditulis. Kira-kira 17 ribu warga Kaherah mendaftarkan diri sebagai mukmin dengannya. Pengikutnya itu, bila nampak dia akan menyeru:

يا واحدنا يا واحدنا، يا محيي ويا مميت

"Wahai yang Tunggal..wahai yang Tunggal! Wahai yang menghidupkan dan yang mematikan!"


Para ahli Sunnah telah menentang pemikiran Al-Hulul yang didakwakan oleh Al-Hakim. Pendakwah pemikiran itu, Muhammad bin Ismail Druz telah dibunuh dan Hamzah bin Ali Al-farisi dapat melarikan diri dan bersembunyi. Kemudiannya dia telah memepengaruhi orang-orang Syam untuk mempercayainya. Al-Hakim pun membalas dendam ke atas orang Mesir yang membunuh pendakwahnya.


Peranan Siti Almalik dalam menyokong Alhakim


Alhakim bunuh Qadhi malik bin said atas tuduhan bermukah dengan kakaknya Siti almalik.


alhakim kemudiannya bergaduh dengan Siti Almalik dna menuduhnya mengandung anak haram pada usianya 50 tahun.


Siti almalik benar-benar buat rancangan untuk bunuh alhakim. Dia minta amir Tulaib ibn dawwas yang ketika itu bersembunyi kerana takut kekejaman alhakim.


Tulaib suruh dua ornag hambanya lakukan kerja pembunuhan itu. Pada malam 27 Syawal tahun 411, alhakim pun dibunuh ketika dia keluar rumah untuk melihat bintang dan buruj. Mayat alhakim tidak ditemui walaupun orang mencarinya.


lepas berjaya bunuh alhakim, dilantiklah anaknya azzohir sebagai peganti pad atahun 411H. ketika itu usianya adalah 16 tahun 3 bukan.


Sitti Almalik , selepas berjaya menyelesaikan masalah alhakim dan melantik anaknya azzohir sebagai khalifah, dia merancang siasat utk bunuh pula Ibn Dawwas. Dia beritahu pembesar kerajaan bahawa yang bunuh alhakim adalah Ibn Dawwas. Maka Ibn Dawwas dna semua sekongkolnya ditangkap dan dibunuh.


Siti almaliklah yang jadi pemerintah sebenar kerajaan fatimiyyah sehingga dia meninggal tahun 414H pada usia 57 tahun.


Kumpulan Syiah Nusairiah dan Druz yang ada hari ini masih menganggap alhakim sebagai jelmaan Tuhan. Druz amat memusuhi Islam lebih daripada Yahudi. Yahudi tidak menerima bangsa Arab Israil sebagai tentera mereka kecuali jika dia dari kelompok Druz, kerana kebencian mereka kepada Islam.


Siapakah Siti Almalik?


Beliau dilahirkan di istana Almnsuriah di utara Afrika (Tunisia sekarang) pada tahun 970M. Bapanya Alaziz billah memerintah daulah fatimiyyah antara tahun 975m hingga 996m. Dikatakan ibunya seorang wanita yang menjadi tawanan berasal dari Yunani Bayzentine bernama Saiyyidah aziziyyah. Kerana itu alazizi billah sangat tolerat dengan orang nasrani dan yahudi sehingga melantik mereka menjawat jawatan penting dlm kerajaan seperti Isa bin Nastur yang menjadi menteri dalam kerajaan fatimiyyah. sejarawan berbeza apakah dia juga ibu kepada alhakim. namun pendapat rajih mengatakan ibu mereka berlainan.

Siti almalik mewarisi kepintaran ibunya.


stahun sebelum siti almalik dilahirkan, tentera fatimiyyah telah berjaya memasuki mesir dan menjadikan kaherah sebagai ibu kota pemerintahan.





















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP