CARI KANDUNGAN BLOG

KENAPA ADA ULAMA MENGKAFIRKAN IBN SINA?

August 26, 2020

 Nama sebenar Ibn Sina Ialah Abu Ali Al-Hussain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina Al-Balkhi Al-Bukhari. Beliau lahir tahun  370H dan meninggal tahun 428H. Beliau banyak menulis dalam bidang perubatan dan falsafah. Belia beraasal daripada keluarga yang menganut fahaman Qoramitah Batiniah. Dalam penulisannya, terdapat tanda-tanda kekufuran. Kerana itu ada kalangan ulama yang menghukumkannya sebagai kafir. Namun, ada riwayat menyebutkan tentang taubatnya.



Ibn Qayyim menyebutkan dalam Ighasatul Lahfan perkataan Ibn Sina tentang dirinya. Katanya: Aku dan bapaku merupakan jurudakwah Al-Hakim( Merujuk kepada Al-Hakim Bi Amrillah Al-Ubaidi yang memerintah negeri Mesir, merupakan Khalifah ke-6 Daulah Fatimiyyah). Ibn Sina merupakan seorang Qoramitah Batiniyyah yang mana akidah kelompok itu tidak beriman dengan hari penciptaan dan kebangkitan, tidak mempercayai Allah sebagai Khaliq dan nabi Muhamamd sebagai Rasul.



Dalam kitab As-Sowa'iqul Mursalah (1/1105) Ibn Qoyyim menyebut: "Ibn Sina adalah seorang Mulhid. bahkan bapa kepada para Mulhid".



Ibn Hajar dalam Lisanul Mizan menyebutkan sebab kepada ulama menghukumkannya sebagai kafir iaitu kerana pegangannya bahawa alam semesta ini adalah Qadim, kebangkitan hari kemudian bukan dengan jasad, tetapi hanya roh semata-mata, serta menyifatkan Allah tidak tahu perkara detail dan hanya tahu perkara umum sahaja. ( Rujuk Lisanul Mizan 2/293)



Termasuk yang menghukumkannya sebagai kafir adalah Imam Al-Ghazali dan ini disebut dalam kitabnya Al-Munqiz Minal Dolal (Ms144)



Terdapat cerita mengenai taubatnya. Ibn Khalikan dalam Wafyatul A'yaan (2/160) menyebutkan


وقد ضعف جداً وأشرفت قوته على السقوط، فأهمل المداواة وقال: المدبر الذي في بدني قد عجز عن تدبيره فلا تنفعني المعالجة

 ثم اغتسل وتاب وتصدق بما معه على الفقراء، ورد المظالم على من عرفه ، وأعتق مماليكه ، وجعل يختم في كل ثلاثة أيام ختمة، ثم مات

I

bn kathir juga menyebut tentang taubatnya dalam Al-Bidayah Wan NIhayah (15/668)



Jika benar dia bertaubat, maka syukur kepada Allah. Namun, apa yang disebutkan berkenaan falsafah yang menyalahi Islam, hendaklah kita tolak. Tinggalannya dalam ilmu perubatan boleh kita telaah dan sanjungi. Apakah khatimahnya, kita pulangkan kepada Allah SWT.




Wallahu a'lam.

Rujuk: Islamqa

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP