DAHISY WAL GHABARAA'
September 1, 2020
Ia adalah nama satu peperangan yang meletus pada masa Jahiliyyah. Peperangan ini merupakan peperangan saudara antara Bani Zubyan dengan Bani Abs yang mana kedua adalah kabilah daripada Bani Ghatfan. ia adalah antara perang-perang yang mengambil masa lama untuk tamat selain perang Al-Basus, Perang Al-Fijar dan perang Al-Bu'as.
Dahisy dan Ghubaraa' adalah dua nama kuda perang.
Perang ini tamat apabila dua orang ternama iaitu Al-Haris bin Auf Al-Mirri dan Haran bin Sinan telah turun tangan dan menyetujui pembayaran Diat bagi mangsa yang terbunuh. Zuhair bin Abi Sulma membuat pujian mengenai usaha ini dalam Mu'allaqatnya.
0 comments:
Post a Comment