Ziyad bin Abihi
September 6, 2020
Ziyad bin Abihi disebut juga Ziyad bin Ubaid As-Tsaqafi. Beliau juga disebut Ziyad bin Abi Sufyan. Ada juga memanggilnya dengan berbinkan ibunya, Ziad bin Sumayyah. Ada ketidak jelasan dalam nasabnya. Ibunya Sumayyah adalah seorang hamba kepada Al-Haris bin Kildah, seorang tabib Arab terkenal yang berasal Taif. Dia telah mengahwinkan hambanya itu dengan seorang hambanya yang lain bernama Ubaid As-Tsaqafi. Namun, dalam selang masa itu ada keterlibatan Abu Sufian yang pernah berkunjung ke Taif. Dia telah bermukah dengan Sumayyah sehingga Sumayyah mengandungkan Ziyad. Kejadian ini berlaku sebelum Islamnya Abu Sufian.
Hasil hubungan terlarang masa Jahiliyyah itulah lahirnya Ziyad. Kelahirannya dikaitkan dengan tahun di mana Rasulullah SAW mengadakan hijrah ke Kota Madinah.
Beliau membesar di Taif dan dia membina keperibadiannya sendiri sehingga dia menjadi seorang pemidato yang hebat.
Dalam satu peperangan zaman khalifah Umar Al-Khuttab, Ziyah telah menyampaikan khutbah dan yang mendengannya ramaikan kalangan Sahabat. Antara mereka ialah Abu Sufian dan Ali bin Abi Talib. Abu Sufian berkata kepada Ali bin Abi Talib: Apakah kau merasa kagum dengan kefasihan khutbah anak muda ini? Alibin Abi Talib mengakuinya: Ya. Kata Abu Sufian mendedahkan rahsia: Sebenarnya, dia adalah anak pakcikmu ini.Ali lantas bertanya: Justeru, kenapa tidak kau memanggilnya sebagai anakmu sahaja?" Kata Abu Sufian: Aku takut orang di atas membar itu (Maksudnya Umar Al-Khattab)
Beliau pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Abu Musa dan namanya naik semasa zaman Umar Al-Khattab. Jika tidak kerasa nasabnya yang majhul itu , dia boleh menjadi diangkat jadi pemimpin kerana hebatnya khutbahnya.
Semasa Ali menjadi khalifah, beliau dilantik sebagai penguasa di wilayah Parsi, Kirman dan Basrah.
Terdapat khutbahnya yang terkenal dirakam sejarah. Khutbah al-Batraa. Dinamakan demikian kerana khutbah itu tidak bermula Pujian kepada Allah dan tiada solawat atas nabi, sebaliknya terus masuk kepada ucapan-ucapannya...
Dalam pertarungan antara Ali dengan Muawiyah, dia cuba dipikat oleh Muawiyah agar berpihak kepadanya. Akan tetapi Ziyad bin Abihi enggan. Muawiyah menggunakan helah dengan menawarkan pengiktirafan nasabnya kepada Au Sufian. Lalu Ziyad bin Abihi percaya. Ziyad bin Abihi menerimanya dan dia pun dipanggil dengan Ziyad bin Abi Sufyan. Muawiyah menjadikannya gabenor ke atas Kufah dan Basrah.
Jalan cerita yang menggambarkan Muawiyah mengumpannya dengan nasab kepada Abu Sufian ini boleh dipertikaikan. Ia memang menjadi kecenderungan mereka yang sememangnya tidak mencintai Muawiyah dan mengakuinya sebagai sahabat nabiyang mulia.
Adalah satu kemungkinan juga bahawa panggilan Zia bin Abu Sufian itu diproklamirkan sendiri oleh Ziyad apabila dia menjawat jawatan dalam pemerintahan Umayyah..
Namun panggilan Ziyad bin Abi Sufyan lenyap bersama tumbangnya daulah Bani Umayyah. Kata As-Syaukani, Ulama sepakat mengatakan haram menasabkannya kepada Abu Sufyan berdasarkan hadis nabi SAW:
الولد للفراش وللعاهر الحجر
Anak dibinkan kepada suami, bagi yang berzina terhalang nasabnya.
Kini kita kekal menyebutnya Ziyad bin Abihi. Ziyad bin bapanya. Siapa bapanya, wallahu a'lam.
Ziyad bin Abihi meninggal tahun 53H pada usia 53 tahun.
0 comments:
Post a Comment