CARI KANDUNGAN BLOG

FAHR BIN MALIK

October 30, 2020

Fahr bin Malik bin An-Nadhar bin Kinanah merupakan datuk nabi SAW yang ke-10. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa belia adalah bapa kepada bangsa Quraisy. Namun, ramai ahli sejarah menolak untuk menyetujui bahawa Quraisy bermula daripadanya. Ramai ahli nasab dan ahli sejarah menyebutkan bahawa An-Nadhar, datuknyalah yang menjadi titik mulanya bangsa Quraisy. Ini kerana ada sabda junjungan yang berbunyi:


نحن بنو النضر بن كنانة
 
"Kami adalah anak-anak An-Nadhar bin Kinanah". 
 
Dalam Saheh Muslim disebutkan:
 

 إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل واصطفى قريشًا من كنانة واصطفى من قريش بني هاشم واصطفاني من بني هاشم

" Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada  anak-anak Ismail, kemudiannya dipilih Quraisy daripada anak-anak Kinanah, Kemudiannya dipilih Bani Hasyim daripada anak-anak Qurasiy dan memilihku daripada anak-anak Hasyim".

 


Sebahagian mufassirin mengkelaskan Fahr bin Malik bin Quraisy Pertengahan (Ausat) manakala datuknya adalah Quraisy Akbar sementara Qusai bin Kilab adalah Quraisy Kecil.

At-Tobari menyebutkan dalam tarikhnya:


وكان فهر في زمانه رئيس الناس بمكة

"Fahr merupakan pemimpin zamannya di Kota Makkah"

Sebab dinamakan An-nadhar itu Quraisy:

Kata Ibn Abbas: Satu ketika An-Nadhar naik sebuah kapal di laut. Lalu ada satu binatang laut namanya Quraisy naik atas kapal. Binatang itu dibunuh oleh An-nadhar dan kepalanya dibawa balik ke Makkah. Kerana itu dinamakan dia Quraisy.???

















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP