CARI KANDUNGAN BLOG

Membedah Keturunan nabi SAW

October 28, 2020



Salasilah keturunan Nabi SAW:

Muhammad bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahar bin Malik bin An-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin MUdrikah bin Ilyas bin Madhar bin Nizar bin Ulyas bin Ma'ad bin 'Adna.



Datuk nabi Muhammad SAW pertama namanya Abdul Mutallib. Nama sebenar Abdul Mutallib ialah Syaibah Al-Hamd. Dia adalah anak kepada Hashim. Selain Abdul Mutallib, Hasyim juga ada anak lain iaitu Nadhlah, Asad dan Abu Saifi. Hanya Abdul Mutallib sahaja yang meneruskan legasi keturunan Hasyim. Anak-anak Abdul Mutallib ialah Abdullah, Abu Talib, Abbas, Hamzah, Al-Harith, Abu Lahab, Az-Zubair, Al-Muqawwam, Dhirar dan Al-Ghaidaq.
 
 
Hashim, nama sebenarnya adalah Amru. Hasyim adalah gelarannya kerana sikap pemurahnya yang dikaitkan dengan memberi makan orang ramai dengan memecahkan roti. 
 
Beliau adalah anak kepada Abdul Manaf. Abdul Manaf ada 4 anak lelaki termasuk Hashim iaitu Abdus Syams, Naufal dan Al-Mutallib

Oleh wujud persaingan tersembunyi antara Hasyim dengan saudara kandungnya yang bernama Abdus Syams. Persaingan itu menjadi persaingan yang berlangsung hingga kepada keturunannya.
 
Hasyim tidak meninggal dan dikebumikan di Makkah. Beliau meninggal di Syam dan dikebumikan di Gaza. 

Qusai bin Kilab adalah datuk nabi yang ke-4. Nama sebenar Qusai adalah Zaid. Qusai adalah gelarannya. Gelar ini diberikan kepadanya kerana dia berada jauh daripada kaumnnya. Ini kerana selepas ayahnya Kilab meninggal, ibunya Fatimah telah berkahwin pula dengan Ra'biah bin Haram Al-'Uzari. Ibunya membawanya mengikut suami barunya dan tinggal di Syam. Qusai pun tinggal dalam komuniti yang bukan kaumnya. Dia membesar di sana dan satu ketika dia telah diberitahu oleh seorang daripada Bani 'Uzari bahawa dia bukan asal Bani 'Uzari. Dia pun bertanya ibunya dan ibunya beritahunya bahawa asalnya adalah berasal daripada kaum yang lebih mulia nasabnya dan merupakan penduduk tanah Haram Makkah. Qusai pun ingin kembali kepada kaumnya. Bila musim haji tiba, dia pun mengikut rombongan Haji Bani Qudha'ah ke Makkah. Makkah pada saat itu berada di bawah pemerintahan Bani Khuza'ah dengan pemimpin utamanya ialah Hulail bin Habasyiyyah. Perawakan Qusai menarik hati Hulail dan Qusai telah dikahwinkan dengan anak perempuannya yang bernama Hubbi. Setelah matinya Hulail, berlaku perebutan kekuasaan antara Qusai dengan puak Bani Khuza'ah. Dengan pertolongan kerabatnya daripada Kaum Quraisy dan Bani Kinaanah, Qusai dapat merangkul posisi kepimpinan Makkah.  Kekuasaan bani Khuza'ah ke tas Makkah pun tamat.
 
Abdul Manaf adalah datuk nabi yang ke-3. Gelar yang diberikan kepadanya adalah Qomarul Bathaa' (Bulan Tanah Pertiwi). Abdul Manaf ada 4 anak lelaki iaitu 'Amru ( hashim), Abdus Syams dan Al-Mutallib. Ibu mereka ialah Atikah binti Murrah bin Hilal. Seorang lagi ialah Naufal, beribukan Waqidah binti Amru Al-maziniyyah. Ada pendapoat yang menyenaraikan Abu Amru dan Abu Ubaid sebagai anaknya juga. Maka anak cucunya dipanggil Bani Abdul Manaf. Dalam Bani ini Hashim dna Bani Abdus Syams yang paling terkenal.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP