CARI KANDUNGAN BLOG

Hadis: Larangan memulakan salam kepada bukan Islam.

March 17, 2011

Terdapat hadis yang menyebutkan Rasulullah SAW melarang daripada memulakan salam kepada orang bukan Islam. Hadis tersebut terdapat dalam Saheh Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Ahmad. Dirawayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
لا تبدءوا اليهود ولا النصارى بالسلام، فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه.

"Janganlah kamu memulakan salam kepada Yahudi dan Nasrani, jika kamu bertemu dengan mereka di jalan, himpitkan mereka ke tepi".

Ada dua perkara dalam hadis ini iaitu:

a) Larangan memulakan salam ke atas Yahudi dan Nasrani (termasuklah semua orang kafir)

b) Perintah menghimpit orang Yahudi dan Nasrani ke tepi jika bertemu di jalan

Oleh itu, jika kita hendak menegaskan tentang haramnya memulakan salam ke atas orang kafir sebagaimana dalam point pertama, bagaimana pula dengan point kedua yang memerintah supaya menghimpit mereka?

Para ulama mempunyai perselisihan pendapat mengenai memberi salam kepada orang kafir dan menjawab salam dari mereka. Kebanyakkan ulama salaf dan khalaf berpendapat haram memulakan salam ke atas orang kafir dan mewajibkan jawapan ke atas salam mereka hanya dengan lafaz "wa 'alaika". Hadis di atas menjadi dalil pengharaman memulakan salam ke atas orang kafir.

Namun, sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi terdapat sebahagian ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada orang kafir. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian. Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
 
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam orang kafir ,mengikut  Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata " Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam" .Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

Syeikh Muhammad Uthaimin merumuskan persoalan menjawab salam daripada orang kafir kepada 3 bahagian:

a) Jika orang kafir itu mengucapkan "As-samu alaikum", maka kita jawab "wa'alaikum".
b) Jika kita ragu-ragu sama ada dia mengucapkan "As-Samu'alikum" atau "Assalamualaikum", maka jawapan kita ialah "Wa'alaikum".
c) Jika orang kafir mengucapkan "Assalamualaikum" secara jelas dan terang, maka hendaklah kita menjawab "Wa'alaikumussalam".


Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma''aad jilid 2 halaman 424 menuliskan bahwa sebagian ulama membolehkan untuk mendahului orang kafir dalam memberi salam demi kemashlahatan yang kuat dan nyata dibutuhkan. Atau karena alasan takut dari ulah orang kafir itu. Atau karena adanya hubungan kekerabatan denganmereka. Atau karena sebab-sebab lain yang seperti itu.


Rujuk Tulisan Ibn Taimiyyah. 

Bacaan tambahan:

1). Khilafahcenter
2). Islamweb
3). Islamqa



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP