DAURAH 89
June 22, 2009
TARIKH:21/06/09 (Ahad)
SURAT: 89
Surah An-Nisak: 66-74
PENGERUSI: Ust Sukri Muhamad
ULASAN TAJWEED: Ust Rasheed
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
Isi-isi penting:
Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka akan masuk ke dalam syurga dan menjadi teman-teman mereka dakam syurga. Mereka itulah golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
Rujukan:
Qurancomplex
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1) Hj Osman
a) Apakah bentuk hukuman yang dikenakan pada zaman nabi, ke atas orang-orang yang mengelakkan diri dari terlibat dalam peperangan?
Ust Kama: Pemulauan adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan.
Ust. Kama: Berwudhuk adalah salah satu cara bersuci.
2) En Ladis
a) Apakah hukumnya ucapan salam dijawab dengan jawapan " ya..ya..." sahaja?
Ust. Kama: Cara jawab tersebut tidak mengugurkan kewajipan menjawab salam.
b)Terdapat sebilangan orang membalikkan tangan semasa doa tolak bala, apakah ini ada sandarannya?
Ust. Kama: Sunnah berdoa adalah menadahkan tangan ke langit.
2) Mas Suradi
a) Apakah boleh berdoa kepada seseorang agar ditempatkan bersama para nabi, siddiqin , syuhada' dan solihin padahal melihat kepada kehidupan dunianya, dia tak layak menduduki tempat itu?
Ust Kama: Tidak menjadi kesalahan berdoa kebaikan untuk sesiapa sahaja. Kesudahan seseorang itu terletak kepada khatimahnya, bukan kepada amal sepanjang hidupnya.
a) Mutakhir ini, anugerah-anugerah pangkat selalu diberikan kepada orang yang sudah mati. terbaru Sudirman Hj. Arshad dianugerahkan gelaran 'datuk'. Apakah anugerah sebegini menjejaskan ketenangan orang yang telah mati?
Ust. Kama: Menganugerahkan gelaran dan pangkat dunia kepada orang yang sudah mati adalah perbuatan sia-sia. Orang yang telah mati telah terputus hubungannya dengan dunia dan sebarang anugerah tidak akan memberi faedah kepadanya.
b) Apakah benar kita disuruh solat di tempat yang berbeza-beza dalam sebuah masjid?
Ust. Kama: Saranan agar solat di tempat yang berbeza tersebut adalah kerana kelak pada hari akhirat, tempat yang kita sujud itu akan menjadi saksi. Oleh itu, perbanyakkan saksi.
4) En Samit
Apakah hukumnya bedah siasat ke atas mayat?
Ust. Kama: Asasnya, haram menyakiti mayat. namun, jika ada keperluan maka syarak tidak menghalang untuk bedahsiasat seperti mengetahui sebab-sebab kematian untuk tujuan keadilan.
Ust. Rashed: Boleh digali mayat untuk tujuan bedah siasat jiuka ada keperluan dan perintah mahkamah.
5) Ust Nazry Jusuh
Ada pihak yang mendakwa bahawa nikmat syurga itu hanya dirasai oleh ruh sahaja. Apakah ada dalil-dalil yang menjelaskan hal ini?
Ust. Kama: Ayat 56, surah an-nisak sebelum ini menceritakan hal ehwal ahli neraka:
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Jika ahli neraka disiksa dalam bentuk fizikalnya, maka demikianlah ahli syurga mendapat nikmat dalam bentuk jasmaninya.
Dalil-dalil muktamad lain daripada hadis, Insya Allah akan dinyatakan dalam daurah berikutnya.
Dalil-dalil muktamad lain daripada hadis, Insya Allah akan dinyatakan dalam daurah berikutnya.
0 comments:
Post a Comment