DAURAH 88
June 16, 2009
PENGERUSI: Ust Sukri Muhamad
ULASAN TAJWEED: Ust Sukri Muhammad
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
Isi-isi penting:
Larangan bertahkim kepada taghut dan menerima dengan reda segala hukum yang telah diputuskan oleh kitabullah.
Rujuk:http://qurancomplex.org/Quran/tafseer/Tafseer.asp?l=arb&t=katheer&nSora=4&nAya=60#4_60
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1)Cikgu Khairuddin
Menimbulkan persoalan mengenai kedapatn mereka yang tergolong kalangan ulama tetapi mencari helah dan berdolak dalih dalam menegakkan hukum berdasarkan kitabullah dan petunjuk daripada Rasulullah. Perbuatan mereka ini menyebabkan orang awam terpengaruh dan menjadikan mereka golongan yang tidak mendokong perlaksanaan hukum Allah di atas muka bumi.
Ust. Kama: Dalam Al-Quran Allah menggambarkan bagaimana tabiat ulama-ulama bani Israil yang mempunyai ilmu mengenai kitab tetapi tidak mahu melaksanakan isi kitab tersebut sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mudathir, ayat 34:
مثل الذين حملوا التوراة ثم لم يحملوها كمثل الحمار يحمل أسفارا
Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, Kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah Al-Jumu'ah: Ayat 5)
Jika di kalangan ulama bani Israil kedapatan golongan ulama seperti itu, apa tidaknya di kalangan ulama ummat nabi Muhamamd. Tentunya Allah menceritkan ehwal ulama Bani Israel tersebut bukan sekadar lipur lara masa lalu. Tentunya ada iktibar dan pengajaran buat ulama ummat ini agar jangan jadi seperti mereka.
2) Hj. Jaafar
Menimbulkan isu kalangan masyarakat Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan rasulnya tetapi tidak mahu mendirikan solat.
Ust. Kama: Jelas bahawa kedudukan solat dalam Islam amat penting sehingga datang beberapa hadis datang mencela dengan keras orang-orang yang meninggalkan solat. Seseorang yang mengaku beriman tetapi enggan solat, sebenarnya dia tidak beriman. Apa yang dimaksudkan dengan iman adalah mencakupi tiga perkara iaitu:
- Iqrar dengan lidah
- tasdiq dalam hati
- beramal dengan anggota.
Jika tidak mencakupi tiga perkara tersebut, seseorang itu belum dikatakan beriman. Dia mungkin hanya seorang Islam tetapi bukan beriman!
3) En Samit
Ulasan Tambahan: Punca mengapa ramai orang Islam tidak melaksanakan perintah Allah seumpama solat adalah kerana mereka tidak melihat ISlam sebagai sebuah agama yang menuntut amalan. Pada mereka, Islam cukup sekadar namanya Islam dan soal amalan adalah soal individu dan terpulanglah kepadanya sama ada mahu melaksanakan atau tidak.
4) Hj. Yusuf
Apakah ada hukuman bagi yang meninggalkan solat?
Ust. Kama: Dalam hukum Islam, meninggalkan solat adalah satu kesalahan jenayah dan pemerintah wajib mengenakan hukuman ta'zir bagi orang yang meninggalkan solat.
5) Hj. Osman
Antara tahlil dan mehyahut panggilan azan dengan hadir solat berjemaah, manakah satu yang patut diutamakan.
Ust Kama: Solat berjemaah tidak boleh dibandingkan dengan tahlil kerana tahli tidak menduduki apa darjat tuntutan pun dalam agama. Justeru, tidak ada persoalan aulawiyyat di sana. Tinggalkan majlis tahlil dan hadirlah mendirikan solat berjemaah.
6) En Ladis
Antara menyempurnakan urusan jenazah dengan menyahut azan untuk solat berjemaah
Ust. Kama: Menyempurnakan urusan jenazah adalah fardhu kifayah. Manakala menyahut azan dan solat berjemaah adalah sunnat muakkad menurut sebahagian ulama. Justeru, dalam kes bertembung dua kepentingan seperti ini, utama yang lebih aula iaitu fardhu kifayah. Itupun kalau kita adalah orang yang terlibat dalam menguruskannya dan pengurusan terbengkalai kalai kita meninggalkannya.
7) Ayahanda Cikgu Khairuddin
Apakah ada syariat azankan mayat dalam lubang kubur sewaktu mengebumikannya?
Ust. Kama: Amalan tersebut adalah bid'ah dan tidak pernah dibuat oleh salafus soleh. Ia tidak punya asas dan hanya dibuat oleh orang-orang jahil.
8) Mas Suradi
a) Apakah maksud "melainkan dengan izin Allah" dalam ayat 64 :
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رّسُولٍ أِلاّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ
Ust Kama: Berkata Mujahid sebagaimana diriwayatkan dalam tafsir Ibn kathir, maksud perkataan tersebut adalah: tidak boleh taat kepada seseorang pun melainkan dengan izinKu. Dengan kata lain, untuk taat kepada seseorng, hendaklah ketaatan itu tidak menyalahi ketaatan kepada Allah. Oleh kerana ketatan kepada Rasul telah diperakui dan dizinkan oleh Allah dengan pelbagai jaminan dalam banyak ayat, maka ketaatan kepada rasul dikatakan telah mendapat izin daripada Allah swt.
b) Apakah ada dua jenis kaldai iaitu kaldai liar dan kaldai kampung?
Ust.Kama: Ya, tedapat keldai yang dibela dan ada yang hidup liar.
c) Bagaimana cara Islamnya Qarin Rasululah SAW?
Ust Kama: Wallahu 'alam. Rasulullah mengatakan dalam hadisnya bahawa qarinnya telah Islam di tangannya. Bagaimana caranya qarin itu Islam bukanlah perkara penting untuk diketahui.
9) Ust Sukri Muhammad
Ulasan tambahan: Wajiblah kita menyokong orang yang berjuang mendaulatkan hukuman Allah di bumi Malaysia ini. Cara kita menyokong adalah dengan cara mengundi mereka untuk meletakkan mereka di parlimen sebagai sebuah badan pembuat undang-undang di Malaysia ini.
0 comments:
Post a Comment