DAURAH 148
February 8, 2010
TARIKH: 8 / 02/2010
MUKA SURAT : 148
SURAH AL-A'RAF: AYAT 147-151
PENEGERUSI : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1) HJ OSMAN
Apakah Allah akan mengampunkan dosa suami yang dayus?
Ust Kama: Semua dosa diampunkan Allah. Jika mati atas dosa, Allah akan mengampunkan si pelakunya jika Allah kehendaki. Tetapi tiada keampunan bagi yang mati dengan dosa syirik. Dayus bukanlah dosa syirik. Oleh itu ia akan diampunkan Allah jika Dia kehendaki.
2)SURADI
Apa beza antara syak, zon dan waham?
Ust Kama: Perbezaan antara 3 istilah itu dari linguistik ialah:
a) Syak: Ragu-ragu yang tidak berat ke sebelah mana-mana. 50-50.
b) Zan: Ragu-ragu yang memberat ke salah satu pegangan tetapi tidak keseluruhan pegangan itu. Pegangan yang diberati ke arahnya itu ialah yang sebenar atau yang betul.
c) Waham: Lawan kepada Zan. Ia merupakan keraguan yang memberat ke arah yang salah. ia juga diertikan impian yang tidak berpijak kepada reliti.
Tambahan:
Khayal : ِِAdalah impian yang berpijak kepada reliti.
Raibun juga merupakan keraguan tetapi ia diserta dengan tohmah.
Rujukan : Syabakatul Fasih
0 comments:
Post a Comment