DAURAH 151
February 16, 2010
TARIKH: 16/02/2010
MUKA SURAT : 151
SURAH AL-A'raf: 1-11
PENGERUSI : EN. SURADI
TAJWID : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN : HJ. YUSUF
TAFSIR : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) UST SUKRI MAT
Adakah Iblis itu Jin?
JAWAPAN:
Ust Kama: Iblis adalah daripada kelompok Jin sebagaimana firman Allah SWT:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah Al-kahfi: Ayat 50)
Rujukan: Islamqa
2) HJ OSMAN
Ada peristiwa terjadi berkenaan jenazah. Kadang-kadang orangmya kurus tapi amat berat ketika diangkat. Ada pula orang gemuk tapi ringan ketika diangkat. Apakah maknanya semua ini?
Ust Kama: Jenazah orang kurus terasa berat dan orang gemuk terasa ringan adalah dua situasi yang luar biasa. Perkara luar biasa, sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini terbahagi kepada beberapa kategori. Dalam hal dua jenis jenazah tadi, berkemungkinan satunya "ihanah" dan satu lagi adalah "Karamah". Ihanah ialah Allah menghinakannya dengan memberi aib kepadanya sama ada saat hidup maupun mati manakala Karomah adalah kemuliaan yang Allah berikan kepada para wali Allah.
3) MR KWSP
a) Apakah ciri-ciri orang yang akan menjadi Ashabul A'raf?
Ust Kama: Ibn Abbas RA telah ditanya tentang siapakah Ashabul A'raf dan apakah al-A'raf itu? Belia menjelaskan bahawa al-A'raf adalah gunung antara syurga dan neraka. Ashabul A'raf adalah pula adalah mereka yang keluar bejihad fi sabilillah tanpa redha ibu dan bapa mereka. Mereka terhalang daripada masuk ke syurga disebabkan derhaka mereka kepada ibu bapa dan terhalang daripada masuk ke neraka disebabkan jihad mereka. Mereka tingga di Al-A'raf sehinggalah Allah menentukan tempat kesudahan mereka.
Dalam sesetengah hadis disebutkan:
Ust Kama: Ibn Abbas RA telah ditanya tentang siapakah Ashabul A'raf dan apakah al-A'raf itu? Belia menjelaskan bahawa al-A'raf adalah gunung antara syurga dan neraka. Ashabul A'raf adalah pula adalah mereka yang keluar bejihad fi sabilillah tanpa redha ibu dan bapa mereka. Mereka terhalang daripada masuk ke syurga disebabkan derhaka mereka kepada ibu bapa dan terhalang daripada masuk ke neraka disebabkan jihad mereka. Mereka tingga di Al-A'raf sehinggalah Allah menentukan tempat kesudahan mereka.
Dalam sesetengah hadis disebutkan:
أنهم قوم استوت حسناتهم وسيئاتهم
"Sesungguhnya mereka adalah satu kaum yang sama banyak kebaikan mereka dan kejahatan mereka".
b) Apakah Ashabul A'raf mendapat makan dan minum?
Ust Kama: Wallahu A'lam.
4) EN SURADI
Apakah kes solat lima puluh waktu yang dikurangkan kepada 5 waktu tetapi ganjaran pahalanya tetap 50 mempunyai dasar yang sama dalam soal pemberian pahala satu kebajikan dengan 10 gandaan?
Ust Kama: Wallahu a'lam
5) UST SUKRI
Ulasan Tambahan/Soalan : Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah memberi syafaat pada hari kiamat nanti dengan meletakkan serbannya atas timbangan sesorang dari kalangan ummatnya. Apakah syafaat ini ditujukan kepada ashabul a'raf?
KESIMPULAN TAMBAHAN:
Ust Kama: Sungguhpun skim pemberian pahala oleh Allah menggunakan kaedah 1 kebajikan 10 gandaan dan lebih, dan ini kelihatan menguntungkan kita, kita perlu waspada dengan beberapa kejahatan yang boleh memakan amal kebaikan tersebut. Antaranya adalah hasad dengki dan menyakiti orang lain.
0 comments:
Post a Comment