DAURAH 152
February 21, 2010
TARIKH: 21 / 02/2010
MUKA SURAT : 151
SURAH AL-A'RAF: AYAT 12-22
PENEGERUSI : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER : UST KAMA
a) Iblis enggan sujud kepada Adam kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Adam. Dia menggunakan qias yang salah iaitu api lebih baik daripada tanah padahal tanah lebih baik daripada api.
b)Dengan sebab merasa sombong akan kelebihan dirinya, Allah menyingkirkannya daripada rantau langit.
c) Iblis meminta agar dia ditangguhkan kematiannya sehingga hari dibangkitkan dan Allah sudi menangguhkannya kepada satu waktu yang tertentu. Para mufassirin berbeza pandangan mengenai maksud masa tertentu itu tetapi jumhur mengatakan bahawa ia adalah hari ditiupkan sangkakala pertama.
d) Iblis bersumpah untuk melakukan agenda menggelincirkan manusia daripada pelbagai cara. Di depan, belakang dan kiri kanan.
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) UST RASHID SALEH
Ulasan Tambahan
i) Kesombongan Iblis kerana merasa diri lebih baik. Demikian kesombongan Abu Lahab, pakcik nabi yang merasakan dirinya lebih dulu makan garam daripada nabi menyebabkan dia enggan memeluk Islam.
a) Zalim kepada Allah
b)Zalim kepada manusia lain
c) Zalim kepada diri sendiri.
d) Zalim kepada alam
Ust Rashid
2) SAMITUlasan tambahan:
Antara lain kelebihan tanah berbanding api selain 5 sebab yang telah disebutkan oleh ust Kama tadi ialah tanah berfungsi sebagai bahan memadamkan api kebakaran yang lebih berkesan berbanding air.
En Samit
3) SURADIa) Apakah sebab solat zohor dan asar dibaca dibaca perlahan dan solat maghrib, insya dan subuh dibaca kuat?
Ust Kama: Ada faktor sejarah yang berkaitan dengan masa solat itu. Secara kasarnya solat malam dibaca jahar dan solat siang dibaca sir. Amalan solat cara pada awal Islam terus diamalkan. Apa pun sebabnya. solat dan kaifiatnya adalah amalan ta'abbudi yang ditentukan Allah secara dharuri.
b) Ada cerita masa kecil yang saya dengar bahawa pokok rhu adalah pokok dalam syurga yang digunakan Adam dan Hawa untuk menutup auratnya. Kerana sebab itu ia dibuang ke dunia dan daunnya disumpah menjadi seperti sekarang. Apakah cerita ini benar?
Ust Kama: Banyak cerita yang diada-adakan berhubung kisah Adam. Cerita berkaitan ular yang menganga mulut untuk memasukkan Iblis ke dalam syurga adalah cerita yang tidak punya sandaran Islam. Kononnya dengan sebab bekerjasama dengan Iblis, ular itu disumpah hilang kakinya. Cerita tentang pokok rhu ini juga tidak punya sandaran melainkan cerita orang tua-tua.
Riwayat At-Thauri memetik bahawa Ibnu Abbas mengatakan daun yang digunakan Adam untuk menutup auratnya itu adalah daun pokok tin.
0 comments:
Post a Comment