Dua kali kerosakan oleh Yahudi
May 7, 2011
Para ulama tafsir silam yang menyifatkan dua kali kerosakan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagaimana disebutkan dalam ayat 4-7 Surah Al-Israk adalah merujuk kepada sejarah masa lalu orang-orang Yahudi adalah pendapat yang tertolak berdasarkan beberapa hujah:
1) Sejarah mencatatkan bahawa kerosakan yang dilakukan oleh kaum Yahudi bukan setakat 2 kali. Demikian pula serangan pembantaian ke atas mereka. Banyak sekali kerosakan yang telah dilakukan oleh kaum Bani Israil dan banyak kali pula mereka menerima balasan daripada keroskana yang mereka lakukan.
2) Terdapat pendapat yang tidak konsisten di kalangan ahli tafsir silam mengenai kerosakan dan kemusnahan kaum Bani Israil.Sejarah mencatatkan bahawa terdapat dua kerajaan Yahudi yang memerintah dalam sejarah. Satu namanya kerajaan Israil dan sayu lagi adalah kerajaan Yahuda. Orang-orang Asyuria telah menghancurkan kerajaan Israil di Utara pada tahun 722 SM secara total. Manakala kerajaan Yahuda telah diserang dan dimusnahkan oleh Bukhtansar (Nebuchanezar) pada tahun 586 SM iaitu selepas masa yang lama sesudah kajatuhan kerajaan Israil. Kemusnahan ini tidaklah melenyapkan terus.
3) Ayat Al-Quran menyebutkan bahawa yang menghancurkan Yahudi itu adalah hamba Allah. Kehancuran kali pertama dan kedua adalah dari pihak yang sama. Sebab itu, pandangan ulama tafsir terkemudian yang menyifatkan "hamba-hamba Allah yang punya keutana" itu adalah kaum muslimin adalah lebih tepat dan kuat.Sementara, kerajaan yang pernah memusnahkan kesatuan Yahudi pada masa lalu tidak mengulang kali kedua.
Baca:
1) Fatwa Syeikh Soleh Fauzan
2) Infitah Training & Consultancy
3) Tafsir Mutawalli Sya'rawi
4) ahlamontada
5) Islamqa
6) Midad
0 comments:
Post a Comment