Sebab Nuzul: Mereka cuba mempengaruhi nabi agar mengikuti kehendak mereka.
May 24, 2011
وإن كادوا ليفتنونك عن الذي أوحينا إليك لتفتري علينا غيره وإذا لاتخذوك خليلا
Dan Sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang Telah kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentu|ah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.
(Surah Al-Israk: Ayat 73)
(Surah Al-Israk: Ayat 73)
Sebab Nuzul:
Menurut Ibn Abbas, ayat ini diturunkan berkenaan rombongan dari Bani Tsaqif di Taif yang datang kepada Rasulullah SAW di Madinah. Mereka telah mengemukakan syarat yang pelbagai untuk masuk Islam. Antaranya, mereka mahu agar berhala Lata yang ada di negeri mereka dibiarkan selama 3 tahun. Apabila mereka telah menerima Islam semuanya, barulah ia dirobohkan. Mereka juga meminta agar negeri mereka diisytiharkan sebagai tanah haram sebagaimana bumi Makkah dan Madinah. Dengan itu, orang Arab akan tahu kelebihan Taif di atas Makkah. Mmendengar syarat-syarat mereka itu, timbullah minat Rasulullah SAW untuk mempertimbangkannya. Maka turunlah ayat di atas memperingatkan Rasulullah SAW agar istiqamah dengan prinsip Islam.
Terdapat juga pandangan mengatakan bahawa ayat diturunkan berkenaan syarat penerimaan Islam yang dikemukakan oleh para pembesar Quraisy kepada nabi SAW. Mereka mahukan agar nabi menyingkirkan kalangan hamba dan orang miskin dari majlisnya supaya para pembesar Quraisy dapat duduk mendengar pengajarannya. Rasulullah berfikir untuk melayani syarat mereka itu, tetapi Allah menegur dan turunlah ayat ini.
Ayat ini menjadi pengajaran buat para pejuang Islam dan pendakwah kebenaran agar sentiasa komited dengan prinsip Islam. Perbuatan tunduk kepada permintaan serta kehendak orang-orang yang menentang Islam adalah mudahahah. Sememangnya mereka ingin sekali kalau pejuang Islam dan kebenaran mengadakan kompromi dengan mereka supaya dengan itu mereka dapat menipiskan asakan perjuangan.
ودوا لو تدهن فيدهنون
"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)."
Islam didirikan atas asas akidah, ibadah dan akhlak. Upaya musuh untuk meruntuhkan asas Islam ini dengan alasan apapun, tidak boleh dilayan. Permintaan mereka untuk menyembah taghut selain Allah hendaklah ditolak. Sebab itu, akidah Islam menentapkan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah. Allah sahaja tuhan yang berhak berdiri dalam hidup kita jika kita benar-benar beriman kepadanya.
Permintaan mereka yang bertuhankan isme agar dikekalkan perundangan penjajah dalam negara hendaklah ditelah dengan manhaj yang sama sebagaimana nabi menangani permintaan orang kafir dari Tsaqif. Berhala, tidak dibenarkan berdiri jika Islam berdiri. Iman dan syirik tidak boleh wujud serentak. Demikian, kalau sebuah negara itu adalah negara Islam, maka tidak boleh ada berhala perundangan barat menunjangi sistem perundangan negara.
Islam juga tidak kompromi dalam persoalan ibadat. Dalam satu riwayat yang lain, rombongan Tsaqif yang datang bertemu nabi SAW itu juga meminta kepada nabi agar mereka tidak dibebankan dengan kewajipan solat. Nabi menolak permintaan mereka dengan menegaskan bahawa tidak berguna agama Islam jika tiada solat. Solat menjadi syiar perhambaan kepada Allah SWT. Menghambakan diri kepada Allah bukan hanya dengan pengakuan lidah semata-mata. Ia memerlukan pembuktian dengan amal. Solat merupakan lambang ketundukan kepada Islam.
Demikian jugalah ibadat asas yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Menolak komponen ibadat asas ini menjadikan seseorang itu bukan menganut millah nabi Muhammad SAW.
Seorang yang percaya kepada Islam sebagai jalan hidupnya juga hendaklah berakhlak dengan akhlak Islam. Mana mungkin seorang yang beragama Islam dibenarkan minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya.

0 comments:
Post a Comment