CARI KANDUNGAN BLOG

Mentaati perintah ibu bapa wajib.

May 11, 2011

Imam At-Turmizi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) telah berkata:

كانت تحتي امرأة أحبها، وكان أبي يكرهها فأمرني أن أطلقها فأبيت، فذكرت ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال:  يا عبدالله بن عمر طلق امرأتك 

" Aku mempunyai seorang isteri yang aku cintakannya sedangkan bapaku tidak menyukainya. Dia meyuruhku menceraikannya, lalu aku merasa enggan. Aku menyebutkan keadaanku itu kepada Rasulullah SAW lalu baginda telah bersabda: Wahai Abdullah, ceraikan isterimu (kerana taatkan bapamu)".


Lain halnya pula apabila seorang lelaki telah datang kepada Imam Ahmad bin Hambal, mengadu bahawa bapanya menyuruhnya menceraikan isterinya yang baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kata Imam Ahmad: "Jangan kamu ceraikan isterimu!"
 
 
Ketika dipersoalkan mengenai kenapa jawapannya tidak serupa dengan jawapan Rasululalh SAW dalam kes Ibn Umar, maka dijawab oleh Imam Ahmad bin Hambal:


"Siapakah bapamu hendak dibandingkan dengan Umar Al-Khattab?"

Justeru, menelah peristiwa yang melibat zaman Rasululah dan salafus soleh ini, para ulama menyifatkan bahawa perintah Umar Al-Khattab kepada anaknya agar menceraikan isterinya itu adalah kerana alasan syarak. Ia bukan perintah tanpa alasan yang diterima syarak.

Maka, seorang anak wajib taat kepada perintah bapanya selama mana perimntah bapa itu adalah untuk maslahat anaknya dan melari pula dengan kehendak syarak.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP