ABU 'ALI AL-JUBA-I
November 12, 2020
Namanya Muhammad bin Abdul Wahab bin Salam Al-Juba-i. Beliau dikenali dengan naman Abu Ali Juba-i. Beliau lahir pada tahun 235H di Jubbi satu bandar dalam negeri Khurzistan dan meninggal pada tahun 303H di Basrah. Beliau adalah tokoh besar aliran Muktazilah dan merupakan ulama barisan hadapan dalam bidnag ilmu kalam. Beliaulah yang mengasaskan kumpulan Al-Juba'i yang merupakan salah satu firqah muktazilah.
Terdapat kisah-kisah debatnya dalam persoalan ilmu kalam dengan Abu Hasan Al-'Asy'ari.
Antara pegangan Abu Ali-Juba-i"
1) Al-Qadim itu Allah.
2) Tidak akan melihat Allah di akhirat pun.
3) Mengemukakan pertanyaan: Adakah sesuatu itu dinamakan sesuatu sebelum ia diciptakan?
4) Berazam untuk buat dosa besar, itu adalah disa besar dan berazam untuk kafir, menjadikan seseorang itu kafir.
5 ) Bertawaqquf dalam isu antara Abu bakar dan Ali, mana yang lebih afdhal?
Antara muridnya ialah Abu Hasyim Al-Juba-i dan Abu Hasan Al-Asy''ri. Berlaku khilaf antara Abu Hasan Asyari dengan gurunya dalam isu nafi sifat dan Quran makhluk lalu Abu Hasan Asyari keluar daripada mazhab muktazilah setelah beberapa siri munazorah.
0 comments:
Post a Comment