KUMPULAN KARRAMIYYAH
November 14, 2020
Mari kita kenali satu kumpulan namanya Karramiyyah. Satu kumpulan (firqah) yang pernah muncul dan berpengaruh dalam sejarah. ia muncul pada episod separuh pertama kurun ke-3H.
Pengasas kumpulan ini adalah Muhammad bin Karram As-Sijistani atau disebutkan sebagai Ibn Karram. Namanya penuhnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Karram bin Iraq As-Sijistani. Beliau meninggal tahun 255H di Baitul Maqdis.
Kurun kelima dianggap sebagai kurun keemasan bagi gerakan Karramiah. Pada masa ini hidup seornag tokohnya bernama Muhammad bin Al-Haisam.Para pengikutnya disebut sebagai kumpulan Haisomiyyah yang merupakan satu cabang firqah Karramiyah.
Syahristani dalam kitabnya "al-milal wan nihal " menyebutkan bahawa kumpulan Karramiyyah telah berpecah kepada 12 ribu cabang akan tetapi induknya hanya enam sahaja iaitu:
- Haisomiyyah
- Abidiyyah
- Tuniyyah
- Zuriniyyah
- Ishaqiyyah
- Wahidiyyah
Antara pegangan puak ini adalah Iman hanya pada perkataan sahaja.
Bagi mereka iman hanya satu dan ia tidak bertambah atau berkurang.
Pada mereka, orang Munafiq pada zaman Rasulullah pada hakikatnya adalah orang beriman. Apa yang dinamakan kafir itu ialah yang menentang Islam secara lisan. Dalam banyak hal, pegangan kumpulan ini menyamai pegangan Murjiah.
Kata Ibrahim An-Nakha'i: Fitnah Murjiah lebih bahaya daripada fitnah Azariqah.
Az-Zuhri menyebutkan: Tidak pernah berbuat bid'ah yang lebih membahayakan para pelakunya sebagaimana yang dibuat oleh kelompok Murji'ah.
0 comments:
Post a Comment