CARI KANDUNGAN BLOG

MUJAZZIZ AL-MUDLAJI

November 17, 2020

Beliau adalah Mujazziz bin Al-A'war bgin Ja'dah bin Mua'az bin 'Atawarah bin "amru bin Mudlaj...

Beliau terkenal dengan ilmu Al-Qiyafah iaitu satu ilmu yang ada dalam masyarakat Arab  Jahiliyyah yang membolehkan pemiliknya melihat padanan pada tubuh anak, ayah atau saudara mara untuk mengesahkan kesamaan nasab mereka.

Beliau adalah seorang sahabat nabi yang ketika mana berlaku persoalan keabsahan nasab Usamah kepada Zaid bin Harithah, maka Mujazziz telah mengesahkan bahawa Usamah adalah anak Zaid bin Haristah. Dia membuat pengesahan itu kerana melihat kaki mereka.

Ini berikutan kerana timbul kekeliruan, kulit Zaid putih bak kapas sedangkan kulit Usamah hitam bak arang. Usamah tidak mewarisi kulit cerah ayahnya tetapi mewarisi kulit gelap ibunya kerana ibunya adalah wanita berkulit hitam iaitu Ummu Aiman ibu angkat nabi (penjaga) .

Pengesahan yang dibuat oleh Mujazziz itu telah mengembirakan nabi SAW.

Fakta: Kunyah Usamah ialah Abu Zaid, Abu Yazid dan Abu Muhammad dan Abu Kharijah.

Nama Ummu Aiman adalah Barakah bt Tsa'labah bin Umar bin Hison bin Malik bin Umar An-Nu'man. Beliau seorang hamba Habsyah yang datang bersama pasukan Abrahah yang menyerang Kota Makkah. Adalah dimungkinkan bahawa pada ketika itu Ummu Aiman masih kanak-kanak. Kekalahan Abrahah meninggalkan Ummu Aiman sebagai tawanan Quraisy makkah dan dia menajdi milik pemimpin Kota Makkah ketika itu, Abdul Mutalib. 

Abdul Mutalib mungkin serahkan Ummu Aiman untuk berkhidmat buat anak eksayangannya Abdullah yang kemudiannya berkahwin dengan Aminah. Bila Abdullah wafat dinegeri orang, Aminahlah jadi puannya. Sebab itu masa Aminah bawa nabi menziarahi keluaga di Madinah (Abdul Mutalib itu ibunya adalah ornag Madinah dari bani Najjar, satu cabang kabilah Khazraj), Ummu Aiman ikut serta.

Bila Aminah meninggal dalam perjalanan dan dikebumikan di Abwak, Ummu Aiman yang jaga nabi sehingga sampai Makkah dan diserahkan nabi kepada Abdul Mutalib yang memeliharanya  seterusnya sampai umur nabi mencapai 8 tahun.

Bila nabi kahwin dengan Khadijah r.a, baginda merdekakan Ummu Aiman dan dia berkahwin dengan Ubaid Al-Khazraji.

Ummu Aiman kemudiannya dikahwinkan dengan Zaid bin Harithah yang mulanya hamba Khadijah yang dimerdekakan dan jadi anak angkat nabi SAW.

Aiman bin Ubaid al-Khazraji adalah anaknya selain Usamah. Dia meninggal dalam perang Hunain .

Dalam perang Mu'tah , Zaid bin Harithah suaminya mati terbunuh. 

Ummu Aiman meninggal 5 bulan atau 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah SAW. 



Teks Hadis:


دخل مجزز المدلجي على رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فرأى أسامة وزيدا وعليهما قطيفة قد غطيا رؤوسهما وبدت أقدامها فقال إن هذه الأقدام بعضها من بعض فدخل علي رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ مسرورا
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : ابن عساكر | المصدر : تاريخ دمشق | الصفحة أو الرقم : 8/53 | خلاصة حكم المحدث : له طرق كثيرة | التخريج : أخرجه البخاري (6771)، ومسلم (1459)، وأبو داود (2267)، والترمذي (2129)، والنسائي (3494)، وابن ماجه (2349)، وأحمد (24145)، وابن عساكر في ((تاريخ دمشق)) (8/53) واللفظ له

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP