CARI KANDUNGAN BLOG

KUMPULAN AL-AZARIQAH DALAM SEJARAH

January 25, 2019

Zaman sekarang orang berikan nama ISIS. Nama lain baginya adalah Da'isy.. Ualam-ulama menjustifikasikan ia sebagai satu contoh kumpulan khawarij pada zaman kini. Sifat dan wataknya menyamai sifat dan watak khawarij pada zaman silam

Salah satu kumpulan Khawarij pada zaman silam adalah Al-Azariqah. Kumpulan ini diasaskan oleh Nafi' bin Al-Azraq selepas puak Khawarij mengalami kemusnahan besar pada zaman Saidina Ali di Nahrawan. Kehancuran di Nahrawan tidak membunuh akar Khawarij. Memangnya akar kesesatan tidka mati dan ia ibarat kuman virus.  Hilang di satu bahagian tubuh, ia muncul di bahagian yang lain. Begitulah umpamanya golongan Khawarij ini. Dalam tubuh bernama Islam, ia muncul sekalipun dibasmi dengan racun perosak. ia tidka lenyap.

Al-Azariqah adalah kelompok khawarij yang paling jauh menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, bahkan menyeleweng daripada teras khawarij yang asal.

Kumpulan ini beroperasi di kawasan Basrah, bumi Irak. Bumi subur  milal dan nihal.

Pada mulanya kumpulan ini bergabung dengan Ibn Zubair menentang Bani Umayyah sehingga matinya Yazid bin Mu'awiyah tahun 64H. Kemudian, mereka fun mufaraqah dan memusuhi pula pemerintahan Ibn Zubair menyebabkan berlaku peperangan. Nafi' sendiri mati terbunuh dalam satu peperangan 

Punca mufaraqah memreka dengan Ibn Zubair adalah ketidaksetujuan mereka terhadap sikap Ibn Zubar terhadap khalifah Uthman bin Affan. Kumpulan Azariqah sebagaimana sikap leluhur mereka, menynjung Abu Bakar dan Umar tetapi membenci Uthman dan Ali. Apabila Ibn Zubair tidak boleh mengambil sikap seperti mereka, mereka pun meninggalkan Ibn Zubair. Rahmat Allah bersama Ibn Zubair dan kemurkaan Allah membakar para pencela sahabat  baginda Rasulullah SAW.

Nafi' bin Al-Azraq berjaya membawa keluar 300 orang pengikutnya daripada tentera Ibn Zubair tetapi Abdullah bin ibadh bersama orang-orangnya enggan ikut. Mereka inilah yang kemudiannya menuju ke sebelah Yaman dan hari ini menjadi Khawarij Ibadhi yang memerintah Oman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP