CARI KANDUNGAN BLOG

ABU MIHNAF PENDUSTA DALAM SEJARAH

March 7, 2019

Namanya Lut bin Yahya bin Said bin Mikhnaf Al-Azdi  dan terkenal dengan panggilan Abu Mikhnaf.

Datuknya Mikhnaf adalah seorang sahabat nabi.

Lahir di Kufah.
 
Meninggal tahun 157H/158H

Orang ini, ceritanya tak boleh dipercayai. Dia pengolah cerita bohong.

Ibn Ma'in kata: Orang ini tidak ada nilai.

Katanya lagi : Dia tidak boleh dipercayai.

Perkataan Ibn Ma'in ini diriwayatkan dalam Tarikh Asma' Ad-Dhu'afaa Wal Kazzabin oleh Ibn Syahin (Ms 162)

Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan perkataan Abu Hatim mengenainya sebagai Matrukul Hadis. Kata Daruqutni: Akhbari Daif

Ceritanyalah yang diriwayatkan oleh At-Tobari dalam Tarikhnya bahawa selepas peristiwa Tahkim, Ali melaknat membaca doa laknat dalam qunut solat Subuh. Tobari menulis bahawa Allai membaca:

 اللهم العن معاويةَ وعمرًا وأبا الأعور السلميّ وحبيبًا وعبد الرحمن بن خالد والضحاك بن قيس والوليد، 



Lalu doa laknat itu pun sampai khabarnya kepada Mu'awiyah , maka Mu'awiyah pun baca doa laknat pula dalam solat subuhnya untuk Ali, Ibn Abbas, Al-Asytar, Hasan dan Husain.

Rujuk :(Tarikh Tobari:5/71), (Al-Kamil Li Ibn Athir( 2/684) dan Tarikh Ibn Khaldum (2/637)

Kewujudan riwayat ini dalam kitab tarikh Tobari bukan alasan untuk mengiyakannya. Imam Tobari yang hebat itu memasukkan riwayat ini bukan bermakna beliau mengesahkannya. Bagi yang membaca kitab Tarikh Tobari perlu selalu ingat apa yang disebut oleh Imam Tobari dalam muqaddimah tarikhnya itu. Apa katanya:




فما يكن في كتابي هذا من خبر ذكرناه عن بعض الماضين مما يستنكره قارئه، أو يستشنعه سامعه، من أجل أنه لم يعرف له وجهًا في الصحة، ولا معنى في الحقيقة، فليعلم أنه لم يؤت في ذلك من قِبلنا، وإنما أُتي من قِبل بعض ناقليه إلينا، وإنَّا إنما أدَّينا ذلك على نحو ما أُدِّي إلينا



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP