ABDUL QODIR JAILANI YANG DITOHMAH
January 26, 2019
Perangai sesetengah orang buat print screen kenyataan tertentu dan kemudian tanpal nama atau gambar seseorang, dakwa ucapan itu adalah ungkapannya. Perbuatan seperti ini dinamakan berdusta, iftira' dan dicela . Besarlah dosa perbuatan sedemikian. Zaman Media sosial berleluasa ini, kerja hina sedemikian sangat mudah dilahirkan dan diberanak pinakkan.
Perbuatan ini bukan baru. Orang dulu juga sudah buat. Cuma zaman dulu tak ada media sosial yang dijadikan medium. Namun, itu tak menghalangjenayah ini daripada dilakukan. Mari kita lihat satu contoh tokoh yang telah difitnah dengan kata-kata yang dia tidak lakukan dan dimasukkan dalam kitabnya. Tokoh tersebut adalah Abdul Qodir Jailani.
Abdul Qodir jailani adalah seorang tokoh besar di kalangan ulama ahli Sunnah. Akan tetapi namanya menjadi rebutan para ahli sufi dan tariqat yang menyeleweng. Mereka jadikan namanya sebagai sandaran kesesatan untuk menjustifikasikan apa yang mereka lakukan.
Kitab Al-Insanul Kamil adalah salah satu karya Abdul Qodir Jailani. Malangnya dalam kitab ini ada kata-kata yang menerapkan akidah Wehdatul Wujud dan Hulul, bahkan akidah para Tobi'iyyah yang menolak wujudnya Tuhan. Dalam nazom yang dipanggil Al-'Iniyyah, terdiri daripada 800 bait, ada rangkap yang berbunyi:
وما الكون في التمثال الا كثلجة *** وأنت لها الماء الذي فيه نابع
وما الكون في التحقيق غيرا لمائه *** وغيران في حكم دعته الشرائع
وما الكون في التحقيق غيرا لمائه *** وغيران في حكم دعته الشرائع
Perumpamaan alam ini adalah seperti salji
sementara kamu (Ya Allah) adalah umpama air di dalamnya
alam ini pada hakikatnya tidak lain kecuali airnya itu
hanya kerana pada huklum yang ditinggal syariat
Ini bukan kata-kata Abdul Qodir Jailani. Beliau tidak punya akidah penyatuan Allah dengan alam sebagaimana ada dalam akidah wehdatul wujud dan alhulul.
Persoalannya, siapa yang masukkan bait-bait nazom yang menfitnah Syeikh yang mulia ini?
Antara orang yang dilihat terlibat dalam jenayah ini ialah seorang yang bernama Ismail Qodiri Al-Kailani yang mengarang sebuah kitab bernama Al-Fuyudhat Ar-Rabbaniyyah . Dalam kitabnya ini beliau menisbah kepada Syeikh Abdul Qodir Jailani rangkap syair yang berbunyi:
Dalamnya mimiyyahnya di sebutkan syair :
كل قطب يطوف بالبيت سبعا *** وأنا البيت طائف بخيامي
Semua wali qutub bertawaf 7 kali di Baitillah
sedangkan aku, baitillah datang bertawaf mengelilingi khemahku.
Sementara itu dalam Syair Nuniyyahnya disebutkan bahawa Syeikh Abdul Qodir berkata:
ولو أنني ألقيت سري على لظى *** لأطفئت النيران من عُظم برهاني
Kalau andainya aku lemparkan rahsiaku dalam neraka Lazo
Nescaya padamlah apinya kerana hebatnya burhan yang ada padaku.
Munasabahkah ungkapan ini diucapkan oleh Syeikh Abdul Qodir yang mulia di hati kita.?
Ada seorang lagi namanya Ali As-Syatnufi Al-Misri, mengarang kitab bernama Bahjatul Asrar Wa Ma'dinul Anwar. Dalamnya dititpkan kata-kata yang dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qodir sebagai pengucapnya:
قدمي هذه على رقبة كل ولي
Kakiku ini di atas leher semua para wali
Kata-kata seperti nini tidak layak diucapkan oleh seorang mukmin yang soleh kerana ia mengandung maksud bangga diri, meninggi dan takbur. Ia bukan satu bentuk tahaddus bin nikmah dan bukan tempatnya untuk itu dijadikan alasan.
0 comments:
Post a Comment