CARI KANDUNGAN BLOG

IMAM SYAFIE MECELA ILMU KALAM

January 26, 2019

Isu ini mengundangkan murka golongan yang menyokong ilmu kalam terdiri daripada Asya'irah dan Maturidiyyah. Sementara Golongan Salafi sering mengungkapkan hujjah ini. Lihat Imam Syafie sendiri menolak ilmu kalam. Apa kamu hendak kata tentang naqal-naqal yang disandarkan kepada Imam Syafie ini? Masihkah kamu ingin mempertahankan ilmu kalam?

Isu ini membawa kepada kepanasan dan tuduh menuduh. Ia berlanjutan dna merabak serta membakar. Sampai kepada tuduhan sesat, wahabi , ahli bid'ah dan sebagainya. 

Mengenai perkataan Imam Syafie yang dijadikan hujjah itu, memang warad dalam banyak kitab. Dalam kitab Talbis Iblis Ibn Jauzi juga disebut. Imam As-Suyuthi , tokoh dalam Asyairah juga ada menaqalkannya dalam kitabnya " Sunul Mantiq Wal kalam Fi Fannil Mantiq wal kalam"; ms 60.

Boleh sahaja yang membangkang berkata, imam Syafie bukan nabi. Kalamnya bukan hujjah. Tidak mengapa. Tidak dosa ungkapan itu. Namun, kalam ulama salaf selalu jadi rujukan. Sekalipun mereka mungkin silap dalam bicara mereka, berpaut pada kata mereka lebih menenangkan hati kita semua berbanding merujuk kepada hujah dan bicara orang-orang terkemudian.

'Ala Kullihal, soal ini sudah berlanjutan lama dan tak selesai. Siapa mahu silakan. Siapa enggan jauhilah. Berlapang dada agar tidak menjadikan isu ini perpecahan dan sengketa.

KItab At-tajdid Fil Fikri Al Islami

Kitab Minhajus Sunnah -Ibn taimiyyah

Mufti Wilayah, TG Zulkili Muhammad Al-Bakri juga menaqalkan kata-kata ulama yang mencela ilmu kalam dan dimuatkan dalam Irsyad fatwanya. Ini menyebabkan pembencinya mendapat bola tanggung untuk menyerangnya dan menamakannya sebagai mufti wahabi. Beliau dicela dan diperlekehkan oleh seorang yang menamakan akaun FBnya sebagai "Pelik tapi benar".

Allahul musta'an. Saya berlepas diri daripada lidah para pencela dan saya berpihak kepada ahli ilmu yang menegakkan hujjah.




Rujukan Muqabalah:

Souhnoun

1 comments:

Anonymous,  June 7, 2021 at 4:10 PM  

Haha ambil pandangan ibn tamiyah.. Patut LA..
Pandangan imam bhahaqi DLM menaqik al syafie mcm manager pulak ?? Soap ada detail tentang hujah imam syafie.. Kau kalau nk tabur fitnah kat org awam ATS nama imam syafie .. Ssh beb nk tebus.. Ingat tu.. Lg selangkah nk ke syurga.. Kena tarik ke neraka

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP