TAHLIL 70 LAKSA
January 27, 2019
Orang-orang tua sebut 7 laksa. Ia bermaksud 70 ribu. Tersebar masyhur di kalangan orang mengaji kitab, amalan untuk si mati iaitu meratib 7 laksa untuk membantu di alam sana. Sesiapa yang ada zikir tahlil sebanyak itu, maka selamatlah dia di alam sana. Kononnya kelebihannya disebutkan dalam hadis.
Namun hadis yang dimaksudkan itu bukan Saheh dan bukan pula Daif. Jadi, kalau bukan kedua-duanya, ia jatuh kepada maudhuk. Hadis yang dimaksudkan itu adalah riwayat Ibn Arabi dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Makkiyyah. Beliau mengatakan dia mendapat hadis itu saheh berdasarkan kasyafnya. Seorang anak muda kematian ibu bermimpi melihat ibunya dalam azab , lalu selepas dia menghadiahkan jumlah tahlil sebanyak yang tersebut, dia pun bermimpi melihat ibunya dalam nikmat.
Kerana berpegang dengan riwayat inilah, maka timbul pula amalan upah meratib di kalangan orang kampung. Mereka pergi kepada tuan guru dan lebai minta hadiahkan pahala 70 laksa itu kepada si mati dengan bayarn tertentu. Hasya Lillah...agama nabi Muhammad jadi sumber upah. Ibadat berdasarkan upah, manalah ganjaran pahalanya untuk dihadiahkan kepada si mati.
Yang dikatakan hadis itu berbunyi:
من قال : لا إله إلا الله سبعين ألفاً ؛ فقد اشترى نفسه من الله تعالى
" Sesiapa yang berkata La Ilaha Illallah 70 ribu kali, dia telah membeli dirinya daripada Allah SWT".
Ibn Hajar menyatakan pendiriannya mengenai hadis ini:
ليس بصحيح ولا حسن ولا ضعيف ، بل هو باطل موضوع ، لا تحل روايته إلا مقروناً ببيان حاله
"Bukan saheh, bukan Hasan dna bukan pula daif, tetapi ianya maudhuk, tidak halal meriwayatkannya melainkan disertai dengan penerangan mengenai kepalsuannya.
"Bukan saheh, bukan Hasan dna bukan pula daif, tetapi ianya maudhuk, tidak halal meriwayatkannya melainkan disertai dengan penerangan mengenai kepalsuannya.
Pun begitu seorang Sufi bernama Muhamamd bin AHmad Najmuddin Al-Ghaiti dalam kitabnya Al-Ibtihaj fil Kalam 'Ala Israk wal mikraj (1/5) menyarankan agar amalan itu diteruskan kerana mengikut syeikh sufi terdahulu dan wasiat mereka serta mengambil berkat.
Jika anda ingin mengambil agama anda dengan jalan tersebut, apa boleh buat. Namun, agama dengan jalan ahli hadis akan menapis mana benar daripada Rasulullah dan mana kebohongan manusia di atas dada sejarah!
Jika anda ingin mengambil agama anda dengan jalan tersebut, apa boleh buat. Namun, agama dengan jalan ahli hadis akan menapis mana benar daripada Rasulullah dan mana kebohongan manusia di atas dada sejarah!
Kalimah la Ilaha Illalah sekali sahaja sekalipun, cukup membebaskan seorang daripada neraka. Riwayat saheh banyak menyebutkannya. Cukuplah dengan riwayat saheh tersebut dan tidak perlu targhib-targhib palsu yang tidak lulus dalam ilmu sanad para muhaddisin.
Sekian...inilah pendirianku.
0 comments:
Post a Comment