ORANG MULIA TIDAK BERZINA
October 3, 2019
Anda pernah mendengar nama Hindun? Ya, dia adalah Hindun binti Utbah bin Rabi'ah. Mulanya dia bersuami dengan Al-Fakih bin Al-Mughirah Al-Makhzumi. Lalu, berlaku krisis antara mereka. Hindun dituduh oleh Al-Fakih melakukan zina dan diceraikannya Hindun. Hindun mengadu kepada ayahnya Utbah dan Utbah telah membawa persoalan itu kepada ahli nujun yang ada di Yaman. Ahli Nujum menafikan keterlibatan Hindun dalam perbuatan keji yang dituduhkan bekas suaminya itu. Bahkan mereka menemui satu ramalan bahawa kelak Hindu akan dapat seorang anak yang akan menjadi raja.
Setelah namanya dibersihkan, Al-Fakih mahu kembali kepada Hindun, tetapi Hindun sudah berkerat rotan. Dia kemudiannya berkahwin pula dengan Abu Sufyan. Dengan Abu Sufian dia mendapat anak yang kelak di kemudian hari menjadi raja pertama dalam Islam.
Sewaktu nabi mengambil bai'ah daripada para wanita selepas peristiwa pembukaan Kota Makkah, Hindun datang dalam majlis tersebut tetapi dia berselubung dengan niqab. Nabi menyebutkan ayat-ayat bai'ahnya:
على
ألا يشركن بالله شيئا
Sehingga nabi menyebut :
ولا يزنين
Hindun menyampuk dengan mengatakan dengan riak kehairanan:
أو تزني الحرة؟
" Adakah boleh terjadi wanita merdeka berzina?!"
Kata-kata Hindun ini menggambarkan kepada kita persepsinya terhadap perbutan zina. Perbuatan zina bukan dilakukan oleh wanita merdeka, iaitu wanita terhormat dalam masyarakat Jahiliyyah. Ia mungkin terjadi di kalangan hamba, tapi tidak akan terjadi kalangan wanita bangsawan dan terhormat.
Demikian pandangan dalam masyarakat Jahiliyyah, apatah lagi dalam masyarakat Islam. Zina dilakukan oleh orang yang rendah kedudukannya dalam masyarakat. Dengan kata lain, zina itu mainan orang hina dan bukan kelakuan orang mulia.
0 comments:
Post a Comment