KALAM KUFRAWI TIDAK MENJADIKAN PENUTURNYA DIKATAKAN KAFIR
March 4, 2019
Tidak ada riwayat yang menunjukkan Imam Ahmad mengkafirkan para pemimpin muktazilah pada zamannya. Miski warad perkataannya : "Siapa yang berkata Al-Quran makhluk, sesungguhnya dia telah kufur". Kata-kata ini tidak boleh difahami bahawa Iman Ahmad mengatakan kafir kepada ulama-ulama muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk. Termasuk yang mengatakannya adalah khalifah Al-Makmun. Imam Ahmad tidak pernah mengkafirkannya bahkan ada riwayat mengatakan dia istighfar untuknya. Sedangkan istighfar untuk orang kafir adalah dilarang, masakan Imam Ahmad tidak mengetaguinya.
Maka, dalam kes menghukumkan kafir ini, ada beza antara apa yang dikata dengan yang mengatakan. Kata-kata "Quran adalah Makhluk " adalah kalam kufrawi, tetapi yang mengatakannya itu belumlah boleh dihukumkan kafir sehinggalah ditegakkan hujjah atasnya.
Imam Ibn Taimiyyah sewaktu berada di Mesir, berlaku debat antaranya dengan tokoh-tokoh Jahmiyyah. Beliau berkata kepada mereka:
أنا لو قلت ما قلتم لكفرتُ، ولستم عندي كفَّارًا
" kalau saya ucapkan apa yang kamu semua ucapkan, jadilah aku kafir, namun kamu bukanlah kafir di sisiku".
Kaum Jahmiyyah, antara peganagan mereka adalah menafikan sifat Allah., bahkan mereka mengatakan sifat Allah itu adalah makhluk.
Timbul persoalan, kenapa Imam Ibn Taimiyyah mengatakan Ibn Arabi itu kafir disebabkan perkataannya yang kufrawi dalam Al-Futuhat dan Al-Fusus? Sama juga muridnya Imam Az-Zahabi. Kenapa dalam hal ini, penutur kalam kufrawi itu dihukumkan kafir. Tidak seperti ucapan kaum Jahmiyyah dan Muktazilah itu?
Rujuk: Feqhweb
Perlulah diketahui, bahawa perkara mengkafirkan Ibn Arabi dan yang sama dengannya dari kaum sufi yang menuturkan kalam kufrawi ini, tidaklah sepakat di kalangan ulama.
1) Ibn Taimiyyah, Az-Zahabi dan lain-lain menghukumkan mereka kafir disebabkan kalam kufrawi mereka itu. Ini kerana kekufuran dalam perkataan itu jelas.
2) As-Suyuthi, As-Subki, Ibn Hajar dan ramai lagi mengatakan perkataan kufrawi mereka itu tidak boleh jadi sebab mereka dihukumkan kafir, sebaliknya hendaklah ditakwilkan kata-kata mereka itu.
3) Mengambil jalan tawaqquf kerana sampai khabar kepada kita tentang kesolehan mereka.
0 comments:
Post a Comment