CARI KANDUNGAN BLOG

ABDUL RAHMAN BIN ZAID BIN ASLAM

July 24, 2019

Pada satu musim haji, di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar Al-Khattab telah membeli seorang hamba di Kota makkah bernama Aslam. Ahli sejarah berbeza tentang asal Aslam. Ada kata dia berbangsa Habsyi. Ada kata kata dia asal Yaman. Ada kata dia Asal Bani Adi berketurunan Quraisy.

Aslam mendapat keberuntungan daripada itu. Dia dapat berdamping dengan Umar, mengambil hadis daripada Abu Bakar dan Uthman bin Affan. Imam Az-Zahabi menyifatkannya dalam Siyar A'lam sebagai seorang imam yang faqih dna menjadi salah seorang perawi hadis dalam Sunnan Sittah.

Beliau meninggal tahun 80H.

Anaknya Zaid juga jadi alim dan perawi hadis. Az-Zahabi menyebutnya sebagai Al-Imam, Al-Qudwah, Al-Hujjah dan Al-Faqih.

Anak-anak kepada Zaid pula jadi jaguh dalam bidang hadis dan tafsir. Mereka ialah : Usamah, Abdullah dan Abdul Rahman.

Zaid bin Aslam meninggal tahun 136H.

Zaid bin Aslam tidak pernah bertemu Umar Al-Khattab dan tidak bertemu ramai kalangan sahabat yang lain . Maka hadis-hadis yang diriwayatnya daripada mereka adalah kebanyakan Mursal.

Banyak pengarang menulis "Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab". Sebenarnya maksud pengarang adalah Aslam bukan Zaid. namun Jika Zaid pun dinisbahkan bsebagai Maula Umar, boleh juga kerana dia anak Aslam.

Abdul Rahman bin Aslam meninggal di Madinah di awal zaman pemerintahan Harun Ar-Rasyid (182H)

Dalam tafsir Al-Qurtubi, jika ditemui nama Ibn Zaid, itulah Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab. Namanya juga berlegar dalam kitab tafsir lain seperti Tafsir Abdurrazaq, As-Tsa'labi dll.

Abdul Rahman belajar dengan bapanya dan juga Ibn Al-Munkadir!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP