KEDUSTAAN CERITA UMAR TANAM ANAK PEREMPUAN
July 18, 2019
Daurah Siri ke 145 ( tafsir Surah 132-137)
Kandungan:
- Amal kebaikan ada darajat dan amal jahat ada darakat.
- Sifat Ketuhanan: Istighna dan Iftiqar
- Maksud Allah menggantikan kaum yang lain
- Sikap double standard kaum musyrikin terhadap Allah dan berhala sembahan mereka ketika melakukan korban.
- Amalan "Wa'dul Banat" adalah natijah daripada kepercayaan Syirik .
Daurah Al-Quran semalam, aku juga menyebutkan isu ini:
Riwayat yang menyebut bahawa Umar pernah membunuh anak perempuannya pada masa Jahiliyyah adalah riwayat palsu yang ditanam oleh orang Syiah zaman dahulu untuk memburukkan keperibadian Umar Al--Khattab. Kepalsuan riwayat ini adalah berdasarkan beberapa hujjah:
1) Dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (7/156) disebutkan riwayat jalan Al-Waqidi, Ibn Kalbi dan lain lain bahawa Umar telah berkahwin dengan Zainab binti Maz'un dan lahirlah anak iaitu Abdulah, Abdul Rahman Al-Akbar dan Hafsah. Kelahiran Hafsah sebagai anak perempuan sulung Umar Al-Khattab adalah 5 tahun sebelum tahun kenabian. Bagaimana anak sulung tidak dibunuh dan anak seterusnya dibnunuh pula?
2) Umar ada adik perempuan bernama Fatimah yang berkahwin dengan Said bin Zaid r.a yang diceritakan mengenai mereka dalam kisah keislaman Umar. Keluarga Umar adalah daripada kabilah Bani 'Adi yang tidak diriwayatkan pernah membuat pembunuhan anak perempuan.
3) Hadis riwayat Nu'man bin Basyir:
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه؛ سئل عن قَوْلِ اللهِ
تعالى: ﴿وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ ۞ بِأَيِّ ذَنْبٍ
قُتِلَتْ﴾ [التكوير: 8-9]، قَالَ: جَاءَ قَيْسُ بْنُ عَاصِمٍ إِلَى رَسُولِ
اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وآله وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي
وَأَدْتُ بَنَاتٍ لِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: «أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ
وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ رَقَبَةً». قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي صَاحِبُ
إِبِلٍ؟ قَالَ: «فَانْحَرْ عَنْ كُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ بَدَنَةً» رواه
البزار.
Soalan tambahan ditanya:
Apakah perlu makmum yang melihat najis di kaki Imam memaklumkan kepadanya? Apakah hukum solat imam itu setelah diberitahu?
Benarkan wanita yang solat berjemaah di belakang tirai dalam Surau tidak sah tetapi sah jika dalam masjid??
0 comments:
Post a Comment