IMAM SOLAT LEBIH RAKAAT
July 23, 2019
Berlaku kejadian dalam solat Jemaah, Imam solat telah terlebih daripada rakaat. Makmum di belakang sedar akan lebihnya rakaat itu. Apa yang perlu dibuat?
1) Makmum perlu menegurnya dengan menyebut "Subhanallah!".
2) Imam yang sedar kesilapannya itu hendaklah duduk semula dan baca tahiyyat serta Sujud Sahwi.
3) Jika Imam berasa yakin dia benar atau tambahan itu ada kewajaran lain seperti dia merasakan ada rakaatnya tidak sah; umpamanya tidak baca fatihah, imam itu boleh teruskan rakaat yang dikatakan lebih itu.
4) Namun, jika imam itu sedar dia silap menambahkan rakaat, tetapi dia tetap tidak kembali duduk, bahkan terus menyempurnakan rakaat yang lebih itu, BATAL lah solatnya.
5) Makmum tidak boleh sekali-kali sengaja dan sedar , bangun mengikut imam untuk rakaat yang lebih itu. Jika itu dilakukannya, batallah solatnya kerana menambahkan rakaat dengan sengaja.
6) Jika Imam tidak kembali duduk walaupun telah ditegur, makmum boleh kekal duduk menunggu imam menyelesaikan rakaatnya yang diyakininya itu (Makmum bersangka baik bahawa imam yakin atau ada alasannya kenapa tidak kembali duduk), atau niat mufaraqqah sahaja kalau makmum itu mahu berbuat demikian.
7) Jika makmum masbuk dan dia sedar kesilapan imam, hendaklah dia duduk dan tidak bangun mengikut imam untuk rakaat yang silap itu.

8) Jika makmum masbuk bangun ikut imam dalam keadaan dia sedar imam silap, maka batallah solat makmum masbuk tadi.
9) Namun, jika makmum masbuk tidak tahu kesilapan imam atau jahil tentang apa yang perlu dibuat dalam situasi itu, lalu dia ikut imam pada rakaat yang lebih itu, maka solatnya masih sah. Tidak perlu lagi dia menambah rakaat selepas imam beri salam. Rakaatnya bersama rakaat tambahan imam itu dikira.
10) Dalam semua kes yang berlaku, bila imam Sujud Sahwi, makmum yang masih belum mufaraqah dengan Imam perlu turut sama Sujud Sahwi.

3 comments:
Salam, yg no. 2 tu, imam perlu terus duduk, atau rukuk dan iktidal dahulu? Jazakallah khair
Duduk terus aja....
Assalamualaikum boleh saya tahu sumber?
Post a Comment