Kultus orang mati di kalangan Sufi
July 5, 2019
1) Akidah Raj'ah
Berawal daripada pegangan Rafidhah, ia meresap ke dalam kalangan sufi dan menjadi kepercayaan mereka bahawa para wali tidak mati bahkan akan kembali semula .
Kita telah tahu bahawa Raj'ah merupakan salah satu tunggak keimanan Syiah-Rafidhah. Mereka meyakini bahawa Orang mati akan bangkit semula ke dunia ini sebelum Kiamat.. Mereka meletakkan imam-imam mereka sebagai orang yang akan mengalami Raj'ah. AL-Mahdi Muntazor akan keluar memimpin para imam Raj'ah itu membuat pembalasan ke atas musuh-musuh Syiah.
Pemikiran ini masuk ke dunia kesufian. Mereka yang menyelak turath tokoh Sufi akan menemui kepercayaan ini. Dunia Sufi telah dipengaruhi akidah Syiah dalam aspek "ismah", Ilmu Ghaib dan lain-lain lagi.
Akidah raj'ah yang menjadi anutan dalam kesufian ini diambil daripada Syiah, bahkan Sufi telah meluaskan lagi , lebih daripada apa yang Syiah pegang. Sytiah hanya mentapkan Raj'ah berlaku pada individu-individu tertentu sahaja, tetapi Sufi meluaskan kepada ramai yang lain yang namanya tidka terhitung.
Orang Sufi, bila mati seornag wali Allah mereka, dia tidak disebut sebagai mati. Dalam kitab-kitab mereka serta ucapan mereka, dia disebut sebagai" telah hilanglah"" telah pergi haji" dsb.
Orang Syiah beranggapan Ali tidak mati dan Almahdi akan muncul, demikianlah pula di kalangan Sufi.
Petikan daripada apa yang ditulis oleh Syeikh Ali bin Muhammad Wafa: Ali bin Abi Tolib itui diangkat ke langit sebagaimana nabi Isa diangkat ke langit. Beliau akan turun sebagaimana turunnya nabi Isa. Kata-kata ini dinaqal oleh Abd wahab Sya'rani dengan ta'liq:" demikianlah kata Saidi Ali Al-Khawas".
Jika dalam masalah imam Mahdi, Syiah bernaggapan bahawa Imam Mahdi itu ghaib dan akan muncul semula, demikianlah pula orang Sufi. kata Syeikh Afdholuddin dalam menjawab soalan yang bertanyanya tentang martabat guru-guru yang muncul di Mesir pada kurun yang ke-10 yang menghuni Zawaya: " Sesungguhnya telah berhimpunlah sesetengah darupada Syeikh itu dengan Al-mahdi dan Almahdi memberitahu waktu akan munculnya".
Imam Mahdi bukan lahir macam biasa tetapi telah ada , cuma belum muncul.
mahdi mana yang dimaksudkan? Itulah Mahdi Syiah!
Daripada akidah Raj'ah ini, dibinalah beberapa keyakinan yang bertujuan memperkuatkannya iaitu:
1) Pegangan bahawa Nabi SAW boleh ditemui secara Yaqazoh.
Berjumpa dengan nabi secara Yaqozoh ini menjadi pegangan Jumhur Ahli Sufi zaman dulu dan semua yang bergiat di zaman kini.
# Jika ada ahli Sufi yang tidak pegang keyakinan ini, ertinya mereka bukan di atas jalan para ahli Sufi silam itu.
Kata Abu Al-Abbas Al-Qussob: Nabi Muhammad tidak pernah mati. Yang mati adalah persediaan kamu supaya kamu dapat melihatnya dengan mata hatimu". Rujuk Tazkiratul Auliyaa (2/185)
0 comments:
Post a Comment