Al-Ja'du bin Dirham
October 21, 2019
Al-Ja'du bin Dirham itu telah dibunuh oleh Khalid bin Abdullah Al-Khusri.
Riwayat masyhur menyebutkan bahawa pada satu hari raya Aidil Adha, di Kufah, dia berkhutbah di atas membar dengan mengatakan:
من
كان منكم يريد أن يضحي فلينطلق فليضح فبارك الله في أضحيته فإن مضح بالجعد بن
درهم زعم أن الله لم يكلم موسى تكليما ولم يتخذ إبراهيم خليلا سبحانه عما يقول
الجعد علوّاً كبيراً
" Sesiapa di kalangan kamu yang ingin berkorban, maka lakukanlah korban kamu, semoga Allah memberkatinya pada korbannya. Aku juga akan berkorban dengan menyembelih Al-Ja'du bin Dirham. Dia mendakwa bahawa Allah tidak bercakap dengan Musa dan tidak pernah mengambil Ibrahim sebagai khalilNYa!",
Khalid bin Abdullah Al-Khusri turun dari membar lalu menyembelih Al-Ja'du bin Dirham.
Imam Az-Zahabi menyebutkan tentang zalimnya Khalid bin Abdullah Al-Khusri tetapi dalam masa yang sama memujinya kerana membunuh Al-Ja'du bin Dirham.
Barangkali....inilah yang membuktikan apa yang Allah firmankan dalam Al-Quran:
وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً
"Demikianlah kami jadikan orang Zalim menguasai atas orang zalim yang lain
Surah Al-an'am : 129
Al-Ja'du bin Dirham adalah salah satu pimpinan kesesatan yang hidup zaman tabi'in. Beliau menafikan sifat Allah, mendakwa bahawa Allah tidak mengambil Ibrahim sebagai khalilnya dna tidak bercakap dengan Musa.
Ibu Taimiyyah menyebut, sebagaimana para imam dalam Islam punya sanadnya sampai kepada Rasulullah, demikianlah para pimpinan kesasatan.
Sanad kebatilan adalah, Jaham bin Safuan darpada Al-Ja'du bin Dirham darpada Bayan bin Sam'an daripada Talut daripada Lubaid bin Al-A'som.
Sanad ini seperti Sanad Sudasi yang ada dalam Sanad ilmu Hadis.
Siapakah Khalid Al-Qusri?
Imam Azzahabi menyebutkan namanya dalam Siyar A'lam bahawa namanya ialah Amir Abu Al-Haitham Khalid bin Abdullah bin Yazid bin Asad bin Kurz Al-Bajli Al-Qasri Al-Damsyiqi, menjadi Gabenor Iraq untuk Khalifah Hisyam bin Abd Malik daripada dinasti Bani Umayyah. Sebelumnya , beliau pernah jadi gabenor di Makkah pada zaman Al-Walid dan Sulaiman. Beliau sangat kuat semangat nasibahnya dan hal itu terkenal. Abdullah bin Ahmad meriwayatkan bahawa Ibn Ma'in menyebutkan bahawa dia lelaki jahat kerana suka mencela Ali.
Datuk Khalid Al-Khasri bernama Yazid bin Asad Al-Khasri merupakan seorang sahabat nabi SAW.
Tahun 89H dia menjadi Gabenor Makkah iaitu pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik. Lantikan tersebut adalah rekomendasi daripada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Ini kerana beliau melihat Umar bin Abd Aziz yang menjadi gabenor Madinah ketika itu lemah kerana membiarkan pelarian politik berlindung di sana. Makkah dan Madinah jadi tempat berlindung para pelarian politik itu. Dengan cadangan Hajjaj, Uthman bin Hayyan dilantik menggantikan Umar Abd Aziz atas Madinah dan Khalid Al-Khusri ke atas Makkah.
Bila Sulaiman bin Abd Malik jadi khalifah, dia meneruskan perkhidmatannya sehingga dia dilucutkan dan digantikan dengan Daud bin Talhah.
Kata Ibn Khalikan: Khalid Al-Khasri terkenal sebagai pemidato Arab yang terbilang fasih dan penuh balaghah.
Katanya lagi: Adalah Khalid itu ditohmah tentang agamanya. DIa telah membina sebuah kanisah buat ibunya untuk ibunya beribadat di dalamnya. Itulah yang diungkapkan oleh Farazdaq dalam syairnya:
Mengulas mengenai syair Farazdaq ini, Al-Mubarrad dalam Al-Kamil menyatakan bahawa sebab Khalid Al-Khusri meruntuhkan menara masjid adalah kerana telah sampai kepadanya syair seorang mawali Ansor yang menkritik para muazzin yang nampak wanita-wanita yang berada dia atas sutuh rumah mereka. Ini menceroboh privasi mereka. Khalid pun meruntuhkan menara tersebut. Apakah itu bukan satu yang baik?
Sementara, tentang ibu Khalid yang beragama Nasrani, Khalid bina gereja di laman rumah buat ibunya, itu adalah satu kebaktian anak buat sang ibu. Bukan satu tanda bahawa Khalid juga seorang Kristian. Bukankah seroang lelaki Muslim boleh menikahi wanita Nasrani? Apakah tidak mungkin kalau benarlah ibunya Nasrani, bapa Khalid menikahinya sesuai dengan keizinan yang dibrikan oleh Syariat. Seorang Muslim boleh menikahi wanita Kitabiyyah tanpa perlu mengubah agamanya.

ألا قبح الرحمن ظهر مطية
أتتنا تهادى من دمشق بخالد
وكيف يؤم الناس من كانت أمه
تدين بأن الله ليس بواحد
بنى بيعة فيها الصليب لأمه
ويهدم من بغض منار المساجد
Mengulas mengenai syair Farazdaq ini, Al-Mubarrad dalam Al-Kamil menyatakan bahawa sebab Khalid Al-Khusri meruntuhkan menara masjid adalah kerana telah sampai kepadanya syair seorang mawali Ansor yang menkritik para muazzin yang nampak wanita-wanita yang berada dia atas sutuh rumah mereka. Ini menceroboh privasi mereka. Khalid pun meruntuhkan menara tersebut. Apakah itu bukan satu yang baik?
Sementara, tentang ibu Khalid yang beragama Nasrani, Khalid bina gereja di laman rumah buat ibunya, itu adalah satu kebaktian anak buat sang ibu. Bukan satu tanda bahawa Khalid juga seorang Kristian. Bukankah seroang lelaki Muslim boleh menikahi wanita Nasrani? Apakah tidak mungkin kalau benarlah ibunya Nasrani, bapa Khalid menikahinya sesuai dengan keizinan yang dibrikan oleh Syariat. Seorang Muslim boleh menikahi wanita Kitabiyyah tanpa perlu mengubah agamanya.
0 comments:
Post a Comment