MUSYKIL HADIS: HADIS SALIM MENYUSU DI KALA DEWASA
October 20, 2019
Hadis mengenainya disebut dalam Saheh Bukhari dan Muslim. Saidatina A'isyah meriwayatkan bahawa Salim adalah hamba kepada Abu Huzaifah dan sering masuk dalam rumah Abu Huzaifah serta bergaul dengan keluarganya. Dia umpama anak mereka sedangkan dia cuma anak angkat. Isteri Abu Huzaifah, Sahlah bt Suhail, isteri Huzaifah bertanya nabi mengenai persoalan tersebut. Nabi SAW menyuruh Sahlah menyusukannya.
Menanggapi hadis ini, para ahli ilmu mempunyai dua pandangan:
1) Hadis ini mansukh
2) Hadis ini khusus untuk Salim sahaja.
حديث أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها ، : " أَنَّ سَالِمًا مَوْلَى
أَبِي حُذَيْفَةَ كَانَ مَعَ أَبِي حُذَيْفَةَ وَأَهْلِهِ فِي بَيْتِهِمْ ،
فَأَتَتْ - تَعْنِي ابْنَةَ سُهَيْلٍ - النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: إِنَّ سَالِمًا قَدْ بَلَغَ مَا يَبْلُغُ الرِّجَالُ.
وَعَقَلَ مَا عَقَلُوا. وَإِنَّهُ يَدْخُلُ عَلَيْنَا. وَإِنِّي أَظُنُّ
أَنَّ فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا.
فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْضِعِيهِ تَحْرُمِي عَلَيْهِ، وَيَذْهَبِ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ ، فَرَجَعَتْ فَقَالَتْ: إِنِّي قَدْ أَرْضَعْتُهُ. فَذَهَبَ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ ".
زاد مسلم في روايته : " قَالَتْ: وَكَيْفَ أُرْضِعُهُ؟ وَهُوَ رَجُلٌ
كَبِيرٌ ، وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا ، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: قَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ رَجُلٌ كَبِيرٌ " .
Bagaimana Sahlah menyusukan Salim? Kata Al-Qadhi Iyadh, ia menyusukan dengan cara memerahnya dan minum tanpa menyusu secara langsung.
Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa menyusukan orang dewasa untuk tujuan menjadikannya muhram dibenarkan untuk kes-kes seperti Salim.
Hadis-hadis yang menyebutkan mengenai menyusu hendaklah 2 tahun ke bawah apabila dibaca bersama hadis ini, maka hendaklah ada cara mengharmonikan kedua-duanya. Cara mengatakan hadis Aisyah mengenai Salim itu mansukh atau khusus untuk Salaim sahaja adalah satu cara mengharmonikannya. Namun, pandangan Ibn Taimiyyah itu salah satu caranya juga. As-Syaukani dalam Nailul Authar menyokong cara Ibn Taimiyyah ini dengan mengatakan bahawa ia jalan pertengahan antara orang yang manyatakan bahawa hadis ini mansukh/khusus dengan orang yang berdalilkannay mengatakan bahawa menyusu orang dewasa sama sahaja dengan menyusu anak-anak bawah umur 2 tahun.
Inilah jalan pertengahan. Iaitu, menyusu orang dewasa menjadikannya anak susuan bagi ibu susu dalam situasi tertentu sahaja. Situasi yang sama dengan situasi Salim.
Segolongan menolak hadis ini dan menganggapnya palsu sekalipun ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim! Mereka adalah orang-orang "aqlaniyyin" yang mana asalkan sesebuah hadis itu menyalahi aqal, mereka tolak. Padahal hadis mengenai Salim menyusu dengan Sahlah ini diriwayatkan oleh sejumlah besar ulama hadis dan hampir mencapai had mutawatir.
Kesimpulan:
Dalam memahami hadis ini ada 4 pendekatan yang berbeza:
1) Pegang zahirnya, maka harus orang dewasa menyusu dan implikasihukumnya sama dengan bayi yang menyusu.
2) Hadis ini dimaksukhkan .
3) Hadis ini adalah khusus untuk kes Salim sahaja.
4) Hadis ini membayangkan rukhsoh iaitu keringanan bagi kes-kes manapun yang seumpama kes Salim.
0 comments:
Post a Comment