CARI KANDUNGAN BLOG

MAKSUD HADIS: bilakah kiamat?

October 9, 2019

Hadis ini diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:

عن أنس رضي الله عنه : أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ : يَا رَسُولَ الله , مَتَى السَّاعَةُ قَائِمَةٌ ؟ قَالَ : وَيْلَكَ ! وَمَا أَعْدَدْتَ لَهَا ؟ قَالَ : مَا أَعْدَدْتُ لَهَا إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ الله وَرَسُولَهُ , قَالَ : إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ . فَقُلْنَا: وَنَحْنُ كَذَلِكَ, قَالَ : نَعَمْ . فَفَرِحْنَا يَوْمَئِذٍ فَرَحًا شَدِيدًا . فَمَرَّ غُلَامٌ لِلْمُغِيرَةِ , وَكَانَ مِنْ أَقْرَانِي, فَقَالَ : إِنْ أُخِّرَ هَذَا فَلَنْ يُدْرِكَهُ الْهَرَمُ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ 

Daripada Anas R. A bahawa seorang lelaki dari kampung telah mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya: 
Bilakah kiamat?
Jawab Rasulullah SAW: Aduhai kau..apa yang kau sediakan untuknya?
Jawab lelaki itu: Aku tiada persediaan kecuali aku punya cinta kepada Allah dan Rasulnya!
Rasulullah menjawab:
Kamu akan bersama dengan siapa yang kau cintai.
Lalu kata para sahabat: Kami pun demikian!
Baginda menjawab: Ya

Lalu, pada hari itu kami rasa amat gembira. Kemudian lalulah seorang kanak-kanak anak kepada Al-Mughirah dan dia dai dari kalangan kawan-kawanku (Kawan Anas).

Baginda bersabda:
Jika dipanjangkan umur budak ini, dia tidak akan sempat nyanyuk sebelum berlakunya kiamat.

Hadis ni hendaklah difahami dengan fahaman yang betul. Salah faham makna hadis ini akan membawa kepada meraguinya sedangkan ia adalah hadis saheh dalam Saheh Bukahri dan Muslim. Meragui kesahehannya akan membawa kepada curiga dengan tahap pengetahuan Imam Bukhari dan Muslim. Inilah yang telah berlaku kepada seorang penceramah bernama Dr. Adnan Ibrahim. Kerana pada anggapannya hadis ini tidak logik, dia mengatakan bahawa Imam Bukhari dan Muslim telah cuai dalam meriwayatkannya.

Sebenarnya, kiamat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah kematian kamu. Nabi mengucapkan kepada para sahabat yang waktu telah pun berusia. Maksudnya, sebelum budak itu menjadi nyanyuk, semua veteran yang ada dalam majlis itu telah menghadapi kiamat mereka, iaitu mati.

Kiamat bagi setiap orang adalah hari matinya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP