CARI KANDUNGAN BLOG

KEYAKINAN SUDAH TEPU

February 25, 2019

Kata-kata yang disandarkan oleh kepada Amir bin Abd Qais oleh Ibn Qayyim dalam "madarijus salikin":



لَوْ كُشِفَ الْغِطَاءُ مَا ازْدَدْتُ يَقِينًا
 
"Andainya terbuka buatku penutup, tidaklah keyakinanku bertambah"

Yakin adalah kunci keimanan. Ada orang tidak yakin sebab tidak faham. Dia jahil. Ada yang sebab dia tidak melihat. Jika dia melihat sesuatu itu, dia akan yakin.


Kata-kata di atas adalah ungkapan yang disandarkan kepada Amir bin Abd Qais. Demikian yang dititipkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya. Siapakah Amir bin Abd Qais?


AMIR BIN ABD QAIS ialah seorang Tabi'i yang tsiqah dan banyak beribadat (Ubbad). Kaab al-Ahbar mengatakan bahawa beliau adalah Rahib di kalangan ummat Muhamamd SAW. Demikian disebutkan oleh Al-"ijli dan Al-Isobah

Dalam buku " Kaitan antara Tasawwuf dengan Tasyayyu' " oleh Kami Mustafa As-Syaibi' (ms298) disebutkan bahawa Amir  bin Abd Qais adalah Sufi awal yang berorintasikan "cinta" setelah sebelumnya  kesufian berfokus kepada kesedihan dan tangisan.

Dalam sumber Syiah, kata-kata itu didakwa sebagai kata-kata Saidina Ali bin Abi  Talib r.a.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP